Oleh pada 04 Jul 2019 kategori

Kuih lapis merupakan sebuah kuih tradisional yang dimasak menggunakan kaedah mengukus iaitu menggunakan haba wap daripada air mendidih. Salah satu kelebihan teknik ini ialah makanan tidak berubah dari segi bentuk, saiz dan warna.

Malah, ia juga tidak kehilangan banyak nutrien. Jom lihat resepi kuih lapis comel yang sememangnya cukup digemari oleh golongan kanak-kanak kerana saiznya yang kecil dan mudah untuk dimakan tanpa perlu dipotong terlebih dahulu.

Kuih Lapis Comey

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Tepung beras (1 cawan)
  • Tepung ubi (1/4 cawan)
  • Gula pasir (1 cawan)
  • Santan pekat (1 cawan)
  • Air (3 cawan)
  • Garam (secubit)
  • Pewarna merah jambu, biru, hijau dan kuning

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan ketiga-tiga tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
  2. Gaulkan semua bahan dan tapis. Kemudian, bahagi adunan kepada 4 bahagian.
  3. Masukkan satu warna berbeza ke dalam setiap bahagian.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan.
  5. Masukkan satu adunan dan kukuskan selama 3 minit atau sehingga adunan sedikit keras.
  6. Masukkan satu adunan dengan warna berlainan dan kukus lagi selama 3 minit. Ulang langkah ini untuk adunan warna lain pula. Lapiskan berselang-seli sehingga habis.
  7. Selepas acuan telah penuh, kukuskan selama 15 minit. Balut tudung periuk dengan kain atau kitchen towel agar air tidak menitis ke atas kuih.
  8. Angkat dan sejukkan selama 2 jam sebelum dihidang.

kuih lapis comey 1

kuih lapis comey 2

kuih lapis comey 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Zue Baidah Zue [1, 2]

2. Sinar Kehidupanku (yatiememories.blogspot.com) [1, 2]

3. Resepi Masakan Komersial Percuma (westernfood.yolasite.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)