Oleh pada 27 Mar 2019 kategori

Kuih lepat atau juga dipanggil sebagai kuih belebat merujuk kepada kumpulan kuih yang dibuat dengan membungkusnya dalam daun pisang dan dikukus.

Terdapat pelbagai jenis kuih lepat atau belebat yang ada, bergantung kepada ramuan yang dipakai. Antara jenis kuih lepat yang terkenal adalah lepat pisang, lepat ubi dan lepat jagung.

Kuih Lepat Pisang (Versi 1)

 

Bahan-bahan:

  • Pisang lenyek (3 cawan)
  • Santan pekat (1 cawan)
  • Tepung gandum (setengah cawan)
  • Tepung beras (setengah cawan)
  • Gula (secawan) - terpulang mahu kurang/lebih
  • Garam
  • Ubi keledek - dipotong dadu (ungu/oren)
  • Jagung
  • Sagu - direndam 10-15 minit
  • Kelapa parut

 

Cara penyediaan:

1. Gaul semua sekali sehingga sebati.

2. Balut dengan daun pisang mengikut cara masing-masing.

3. Untuk mudah, kukus sahaja dalam loyang dan dipotong apabila mahu dimakan.

 

Tips:

✔ Untuk lepat hitam dan kelihatan urat pisang, elok perlu kukus bagi lama.

✔ Pemilik resepi kukus hampir 2 jam kerana menggunakan pisang emas.

✔ Jika orang Kedah guna pisang kelat, tidak mengapa jika kukus sebentar kerana pisang tersebut ada kelat yang boleh buat hitam.

 

Kuih Lepat Pisang (Versi 2)

lepat pisang 1  

 

Bahan bahan: 

  • Pisang emas (12 biji)
  • Tepung gandum (½ cawan)
  • Tepung beras (3 sudu besar)
  • Gula pasir (2 sudu besar)
  • Gula merah (2 sudu besar)
  • Garam (1 sudu kecil)

 

Bahan inti: 

  • Kelapa parut putih (1/2 cawan) ditambah dengan sedikit garam

 

Cara-cara membuat: 

1. Pisang dibuangkan kulit dan dilenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur. Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat, masih ada rasa ketulan pisang. Masukkan gula, gula merah dan garam. Kacau rata.

2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kemudian, gaul sehingga sebati.

3. Potong daun pisang (terpulang kepada saiz yang anda mahukan) dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak ketika dilipat.

4. Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang. Letak pula kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Kemudian lipatkan.

Tips: Sila rujuk Youtube untuk cara lipatan yang kemas.

5. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak.

 

Sumber:

1. Nur Hidayah [1, 2]

2. Wirawati Negara [1, 2]

3. Wikipedia Kuih Lepat




Hakcipta iluminasi.com (2017)