Oleh pada 22 May 2019 kategori

Sengkuang cina (water chestnut) merupakan sejenis ubi yang hidup di paya dan juga makanan ruji dalam masakan masyarakat Cina.

Mungkin kerana itu ia disebut sebagai sengkuang cina.

Kebiasaannya ia dibuat dalam masakan namun ada juga yang lebih gemar makan sebegitu sahaja sebagai snek.

Namun, ia kini sukar untuk ditemui dan harganya juga semakin mahal.

 

Kuih Bengkuang (Sengkuang Cina)

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Bawang besar (1 ulas)
  • Buah sengkuang cina (1 biji)
  • Telur (2 biji)
  • Lada hitam berperisa
  • Garam
  • Minyak masak
  • Air

 

Cara membuatnya :

1. Ambilkan buah sengkuang, potong kepada 2 bahagian. Kemudian kupas kulit buah sengkuang. Kemudian parutkn buah sengkuang dengan menggunakan alat parut. (rujuk gambar) .Bersihkan hasil parutan tadi,toskan n letakkan dalam pinggan/mangkuk. (gambar no 4)

2. Potong bawang besar secara kecilkecil atau dadu. Kemudian goreng bawang besar terlebih dahulu dan diselangkan dengan sengkuang telah diparut tadi. Letakkan garam secukup rasa. Jika mahu tambah perisa lain pun boleh, gunakan kari maggie. Setelah sudah siap di goreng, letakkn bahan gorengan tadi ke dalam mangkuk. Ketepikan dahulu

3. Ambil tepung gandum sebanyak 3-4 cawan penuh dan ayakkan tepung agar ia lebih halus dan tidak berketul, kemudian taburkan lada hitam berperisa secukupnya , ambil telur serta air lalu dimasukkan sedikit demi sedikit. Boleh letakkan sedikit garam supaya bancuhan tepung tidak tawar. Gaulkan kesemua bahan dengan menggunakan pemukul ataus udu hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan cair yang sedang-sedang sahaja.

4. Selepas tu sediakan kuali serta panaskan minyak masak secukupnya utk menggoreng kuih tersebut. Letakkan acuan kuih atau senduk sup (jika tiada acuan kuih) ke dalam minyak masak. Tujuannya supaya kuih tidak akan melekat pada acuan atau senduk apabila masukkn bancuhan nanti ya (Rujuk gambar ya)

5. Kemudian ambil satu sudu penuh masukkan ke dalam acuan kuih sambil pusingkan acuan agar ia diliputi bancuhan tersebut.

6. Pastikan menggunakan minyak masak panas dan api berada dalam keadaan sederhana besar. Sekiranyaapi besar,kuih akan hangus. Letakkan bahan inti goreng tadi ke atas bancuhan. Kemudian letakkan sekali bancuhan tepung sebagai lapis atas.

7. Masukkan ke dalam kuali dan goreng kuih seperti biasa. Biarkan seketika rendam dan kemudian cucuk tengah kuih agar ia masak sekata. Selepas itu keluarkan kuih perlahan-lahan dari acuan dengan menggunakan garpu/sudu. Gorengkan kuih sehingga kuning keemasan sambil terbalik kuih agar ia masak sepenuhnya (pastikan kedua belah goreng sekata)

8. Setelah siap di goreng,toskan kuih untuk menitiskan lebihan minyak pada kuih.

9. Ulangi langkah untuk menggoreng kuih seterusnya sehingga inti goreng dan bancuhan tepung habis.

kuih bengkuang 1 tile

 

Nota: Boleh dimakan bersama sos cili ketika suam panas. 

 

Sumber:

1. Michelle Suling Danyin [12]

2. Ina Ainaa (inaainaa.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)