Kuih butir nangka atau juga dipanggil sebagai pengat butir nangka, adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Kuih butir nangka adalah sejenis kuih yang dihasilkan menggunakan beras pulut, santan dan nisan atau gula melaka. Secara tradisional, daun pandan dikisar untuk menghasilkan pewarna hijau, namun zaman sekarang terdapat kuih butir nangka yang dicampur pewarna merah dan lain-lain.

Kuih butir nangka adalah sejenis kuih berkuah dan mempunyai rasa yang berlemak. Pada zaman sekarang, kuih butir nangka masih terdapat di pasaran.

Kuahnya diperbuat dari santan dan nisan atau gula melaka, seperti pengat manis.

Kuih butir nangka dipanggil sebegitu disebabkan bentuknya yang bulat dan bersaiz seperti butir nangka buah.

Kuih butir nangka banyak dihasilkan dan ada dijual harian secara meluas dan tidak perlu ditempah lebih awal.

Namun begitu, disebabkan ia berkuah dan melekit, ia agak susah disajikan dalam jamuan disebabkan memerlukan mangkuk untuk disajikan.

Selain itu, kuih butir nangka kurang popular.

 

Kuih Butir Nangka Berinti Pisang 

  

kuih butir nangka berinti pisang

 

Bahan-bahan untuk kuah:

  • Santan pekat (2 cawan)
  • Daun pandan (2 helai) - disimpul
  • Gula dan garam (secukup rasa)
  • Halba (1/2 sudu kecil) - optional
  • Tepung beras (1 sudu kecil)

 

Cara-cara membuat: 

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang sederhana.

2. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.

3. Rasakan garam dan gula. Kacau sehingga menggelegak. Tutup api.

 

Bahan-bahan untuk biji nangka: 

  • Tepung pulut (1 cawan)
  • Tepung gandum (2 sudu besar)
  • Pandan paste (clear paste) (1 sudu kecil) - optional
  • Pewarna ungu/apa-apa warna yang digemari
  • Garam
  • Pisang - dipotong kecil sebagai inti
  • Air secukupnya - untuk menguli

 

Cara-cara membuat: 

1. Sebelum menguli, sediakan air untuk merebus panaskan air di dalam periuk

Nota: Air 3/4 penuh.

2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bekas, bersama air yang diletak sedikit demi sedikit dan uli sehingga sebati dan doh tidak melekat di tangan.

3. Kemudian, ambil sedikit doh. Leperkan di telapak tangan, bubuh pisang dan tutup doh. Gelek-gelekkan di telapak tangan anda dan bentukkan seperti biji nangka. Terus masukkan doh tersebut ke dalam periuk semasa air sedang menggelegak.

4. Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya ke dalam kuah santan. Jika kuah santan belum siap, masukkan dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak.

  

kuih butir nangka berinti pisang 1

 

Sumber:

1. Adnilsam Apat [1, 2]

2. Wikipedia Kuih Butir Nangka



Hakcipta iluminasi.com (2017)