Kuih kole (koleh) kacang adalah antara kuih yang terkenal di negeri Johor Darul Takzim.

Kuih kole kacang yang benar-benar sempurna ialah lengkap dengan tahi minyaknya sekali.

Sementara itu, di atasnya pula tidak ditabur kacang tanah tumbuk atau lain lain.

 

Kuih Kole Kacang

  

kuih kole kacang

Kredit foto: Yatie Zelani‎

 

Bahan A:

  • Gula merah (400g)
  • Gula pasir (100g) - gula boleh dikurangkan jika tidak suka manis
  • Air (300ml)
  • Daun pandan (3 helai)

 

Bahan B:

  • Tepung kacang hijau (300g)
  • Garam (1/2 sudu kecil)
  • Santan pekat (400ml)
  • Air (1300ml)

 

Tahi minyak

➡ Santan pekat (300ml) dimasak dengan api yang perlahan sehingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan. Tapis tahi minyak tadi asing dari minyaknya. 

➡ Minyak jangan dibuang. Guna 2 sudu besar minyak dari tahi minyak tadi dan masuk ke dalam adunan kole kacang tadi.

 

Cara-cara membuat:

1. Masukkan bahan A dan masak sehingga mendidih. Tapis.  

2. Masukkan bahan B, kacau sebati dan tapis dalam kuali.

3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B tadi dan kacau di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.

 

Nota: Jangan lupa masukkan minyak dari tahi minyak tadi.

 

Resepi Bonus: Kacang Goreng Berempah (Kacang Bersalut)

  

kacang goreng berempah

 

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah (1 kg)
  • Telur (2 biji)
  • Gula
  • Tepung Bestari serbaguna pedas

(sehingga salut kacang)

  • Daun kari
  • Bawang putih tumbuk
  • Serbuk perasa
  • Minyak - untuk menggoreng

 

Cara-caranya:

1. Campurkan kacang bersama telur dan gula.

2. Masukkan tepung sehingga menyaluti kacang dan gaulkan sehingga rata.

3. Masukkan kacang ke dalam kuali yang telah dipanaskan bersama minyak tadi. Pastikan minyak betul-betul panas.

4. Masukkan daun kari .

5. Goreng sehingga masak dengan api sederhana besar.

 

Sumber:

1. Asdena Hamzah [1, 2]

2. Mawar Berduri [1, 2]

3. Dari Lensa Seorang Makcik (darilensaseorangmakcik.blogspot.com) [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)