Kuih bijan merupakan antara kuih paling mudah untuk dihasilkan.

Pastinya, ia menjadi pilihan ramai untuk disediakan semasa rumah terbuka nanti.

Namun, jika anda membuat carian di Google, jangan tersalah pula kerana kuih bijan sama sekali tidak sama dengan kuih bom.

 

Kuih Bijan 

  

kuih bijan

 

Bahan-bahan:  

  • Tepung gandum (1 kg)
  • Tepung jagung (1 cawan)
  • Susu (1 cawan) - susu jenama Nespray
  • Minyak sapi (2 sudu besar)
  • Bijan hitam (3 sudu besar)
  • Gula aising (1 cawan)
  • Minyak jagung ( secukupnya)

 

Cara-caranya :  

  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, susu dan minyak sapi. Uli sebati. 

2. Masukkan bijan hitam dan juga gula aising. Uli lagi.

3. Kemudian masukkan minyak jagung secukupnya sehingga adunan sudah boleh di bentuk. Ulikan semua sekali. Bentukkan mengikut bentuk pilihan.

4. Bakar pada suhu 15 hingga 20 minit mengikut ketuhar masing-masing menggunakan api bahagian atas dan bawah.

5. Akhir sekali taburkan susu Nespray .

 

Resepi Bonus: Biskut Kerisik Bijan 

  

biskut kerisik bijan

 

Bahan-bahan: 

  • Marjerin/mentega (2 cawan) 
  • Gula aising (2 cawan)
  • Telur (2 biji)
  • Kerisik (2 cawan)
  • Tepung jagung (1 cawan setengah)
  • Gandum (1 cawan)
  • Tepung kanji (4 cawan)
  • Bijan - untuk hiasan

Nota: Sekiranya tidak mahu boleh di tukarkan kepada hiasan lain mengikut kehendak.

  

Cara-caranya: 

1. Gaulkan kesemua bahan kecuali bijan. Uli sebati

2. Sekiranya adunan masih lembik, tambahkan tepung kanji sedikit demi sedikit. Rasa biskut ni lebih kurang sagon kelapa. Bentukkan mengikut bentuk pilihan.

3. Bakar ke dalam ketuhar.

 

Sumber:

1. Nira Abdullah [12]

2. Shahidah Zakaria [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)