Oleh pada 06 May 2019 kategori

Kuih makmur adalah sejenis kuih yang terkenal di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Ia adalah sejenis kuih kering yang mempunyai bentuk bebola sedikit bulat.

Ia dihasilkan dari ramuan tepung gandum, telur, minyak sapi atau mentega dan berintikan kacang tanah bergoreng atau badam dan lain-lain di dalamnya.

Maka, ia turut dipanggil sebagai biskut makmur.

Disamping itu, proses menepung atau menyalut kuih ini menggunakan gula aising.

Alternatif sebagai bahan gantian bagi gula aising ialah gula kisar.

Terdapat beberapa resepi untuk membuat kuih makmur seperti hanya menggunakan putih telur dan menggunakan keseluruhan telur.

Jika menggunakan putih telur, ia tidak begitu gebu dan agak rangup. Manakala, ia lebih gebu, lemak dan rapuh apabila keseluruhan telur digunakan.

Sewaktu disediakan, doh tidak perlu diuli sangat lama disebabkan haba dari jari-jemari akan mencairkan lemak di dalam doh dan jika tepung ditambah, kuih ini akan menjadi keras.

Nama "makmur" barangkali datangnya dari Ma'amoul, sejenis pastri dari Timur Tengah yang memiliki rupa dan tekstur yang seakan-akan serupa.

Ianya terkenal di Syria, Lebanon dan negara-negara Levant lain, terutamanya semasa bulan Ramadan.

Ia disesuaikan dengan citarasa dan bahan-bahan tempatan yang lebih senang didapati seperti kacang tanah, berbeza dengan resepi asal yang menggunakan kurma, kacang walnut atau pistachio sebagai inti.

 

Kuih Makmur

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (500g)
  • Ghee (200g)
  • Gula aising (2 sudu besar)

 

Gaul adunan sebati.

 

Inti:

  • Kacang tanah hancur (250g)
  • Gula kastor (100g)
  • Mentega (1 sudu besar)

 

Gaul sebati.

 

Cara penyediaan:

1. Masukkan tepung dalam acuan. Tenyeh-tenyeh buat lubang untuk isi inti dan tutup.

2. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180/200°C mengikut ketuhar masing-masing.

3. Selepas bakar, baru keluarkan. Pemilik resepi ketuk-ketuk sedikit belakangnya sehingga terkeluar.

 

Salutan:

  • Susu tepung (100g)

Tips: Untuk rasa yang amat enak, gunakan susu tepung 'full cream' atau 'whole milk'. Biasanya di kedai bakeri ada dijual 2 jenis, 'skim milk' atau 'whole milk'. Untuk 'skim milk', warnanya lebih pucat dari 'whole milk'.

  • Gula aising (100g)

kuih makmur 1

 

Nota: Resepi ini telah digunakan oleh pemilik resepi untuk jualan selama 4 tahun.

 

Sumber:

1. Fatimah Az Zahra [1, 2]

2. Wikipedia Kuih Makmur




Hakcipta iluminasi.com (2017)