Oleh pada 12 Jun 2019 kategori

Pandan layer cake merupakan sejenis kek yang sesuai dijadikan sebagai kudapan petang. Ianya berbau wangi semerbak yang pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja. Untuk resepi kali ini, ia menggunakan loyang petak saiz 9.  

Pandan Layer Cake

Untuk kek 

Bahan-bahan:

  • Telur (5 biji)
  • Tepung gandum (2 cawan) - diayak
  • Gula halus (1 cawan)
  • Ovellate (1 sudu besar)
  • Coconut pandan emulco (1 sudu kecil) - jika tiada, boleh letak esen pandan sahaja
  • Pewarna hijau (sedikit)
  • Serbuk penaik (1/2 sudu teh)
  • Soda bikarbonat (1/2 teh)
  • Minyak masak (5 sudu besar)

 

Cara penyediaan:

1. Satukan telur, ovellate, gula, coconut emulco, pewarna dan adun sehingga kembang gebu selama lebih kurang 15-20 minit.  

2. Apabila telah kembang, perlahankan pengadun dan masukkan tepung gandum yang diayak bersama bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat.

3. Apabila telah sebati, masukkan minyak dan kaup balik.

4. Panaskan ketuhar dan bakar dengan suhu 180° api atas bawah selama 30-40 minit. Mahu kukus pun boleh.

5. Sejukkan kek dan potong dua bahagian.

Untuk kastard pandan 

Bahan-bahan:

  • Serbuk agar-agar (sepaket) - 10g 
  • Air (4 cawan)
  • Gula (1/2 cawan)
  • Telur (1 biji)
  • Santan (1 kotak kecil) - jenama Kara
  • Tepung kastard (1/2 cawan)
  • Coconut emulco/esen pandan (sedikit)
  • Pewarna hijau
  • Garam (secubit)

Cara penyediaan:

1. Satukan telur, santan dan kastard. Pukul sebati sehingga tidak berketul. 

2. Dalam periuk, masak agar-agar, gula dan air sehingga larut.

3. Masukkan bahan yang dipukul dan masak sehingga sedikit pekat sahaja, jangan terlalu pekat. Masukkan coconut emulco dan garam.

4. Basahkan loyang dengan sedikit air.

5. Tuang adunan kastard dan lapiskan kek.

6. Ulang langkah sehingga habis adunan.

7. Adunan pertama and terakhir kastard .

8. Sejukkan dalam peti ais dan barulah potong lebih kurang 2 jam.

9. Taburkan kelapa parut kering.

Tips: Untuk mudah keluarkan dari loyang, layer yang pertama tersebut perlu sedikit tebal dan betul-betul memenuhi permukaan loyang.

Untuk melihat resepi lain, boleh lawati atau follow Facebook Raja Amanina.

pandan layer cake 1

Kredit foto: Zuhaira Mokhtar (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

pandan layer cake 2

Kredit foto: Sheila Cyla (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

pandan layer cake 3 632

Kredit foto: Cik Puan Nurshima (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

Sumber: Raja Amanina [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)