Oleh pada 05 Jul 2019 kategori

Kuih kaswi merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang sentiasa mendapat permintaan ramai. Ia juga dipanggil dengan nama lain iaitu kuih kosui atau kasui.

Gabungan gula merah dan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam menghasilkan rasa yang lemak. Resepi kuih kaswi yang asli tidak menggunakan gula pasir dan bahan-bahan asing seperti kicap dan serbuk koko.

Untuk mendapatkan hasil yang kurang manis, sukatan gula merah boleh dikurangkan sedikit. Jenis dan jenama gula merah yang digunakan juga menentukan warna kuih kaswi anda.

Kuih Kaswi

kuih kaswi 101

Bahan-bahan A:

  • Tepung gandum (1 1/3 cawan)
  • Tepung ubi (1 1/3 cawan)
  • Air (5 cawan)
  • Gula pasir (1 cawan)
  • Gula merah (1 cawan)
  • Daun pandan 
  • Kapur (sedikit)
  • Kelapa parut

Cara-cara penyediaan:

  1. Masak air, gula pasir, gula merah dan daun pandan. Biarkan suam dan ditapis.
  2. Masukkan air gula tadi ke dalam pengisar bersama tepung gandum, tepung ubi dan kapur. Kisar sehingga sebati dan tapis sekali lagi.
  3. Sapu sedikit minyak pada acuan dan kukuskan selama 25 minit.
  4. Selepas siap kukus, boleh dihidang bersama kelapa parut.

kuih kaswi 1

kuih kaswi 2

Kredit foto: Fatin Dahalin (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kuih kaswi 3

Kredit foto: Linda Idris (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Minah Ramli [1, 2]

2. Fiza's Cooking (fizalgk.blogspot.com) [12]

3. Laman Sutera (ziemahmud.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)