Oleh pada 13 Jun 2019 kategori

Masak lemak pucuk paku udang merupakan sebuah juadah yang sesuai untuk sesiapa sahaja kerana ianya ringkas dan senang untuk dibuat.

Tambahan pula, jika anda mahukan suatu masakan ekspres atau ketika sedang lapar.

Selain itu, hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang tidak tahu atau baru mahu belajar memasak.

  

Masak Lemak Pucuk Paku Udang

 

 

Bahan-bahan: 

  • Pucuk paku
  • Santan pekat - dicampurkan dengan sedikit air
  • Cili padi (sedikit)
  • Kunyit hidup (sedikit)
  • Serai (1 batang) - dititik
  • Udang (1 mangkuk kecil) - udang besar lebih enak
  • Garam (secukup rasa)

 

Cara-cara membuat: 

1. Siang pucuk paku. Kemudian, basuh dan toskan .

2. Tumbuk cili api dan kunyit. Campurkan ke dalam santan.

3. Masukkan serai.

4. Masak atas api perlahan. Pastikan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.

5. Apabila hampir mendidih, masukkan udang dan masak sehingga udang menjadi merah.

6. Masukkan daun pucuk paku tadi dan perasakan dengan garam. Kacau-kacau sebentar dan tutup api.

 

masak lemak pucuk paku udang 1  

 

Nota: Menu ini sedap jika dimakan dengan ulam-ulaman, ikan goreng panas dan nasi panas.

 

Resepi Bonus: Tumis Pucuk Paku

tumis pucuk paku  

 

Bahan-bahan:

  • Pucuk paku - dibasuh dan ditoskan
  • Lada kecil (15 ulas)*
  • Bawang putih (1 ulas)*
  • Kunyit hidup (seinci)*
  • Bawang kecil (4-5 ulas)*
  • Ikan bilis (sejemput) - dibasuh sebentar*

 

Cara penyediaan:

1. Tumbuk bahan berhuruf condong* dan tumis sehingga kekuningan. Letak pucuk paku dan gaul rata. Letak air sedikit untuk jadi kuah.

Tips: Jangan letak terlalu banyak air.

2. Biarkan selama 5 minit. Letakkan garam dan Ajinomoto. Gaul rata lagi. Selepas 10 minit, boleh dihidang. 

tumis pucuk paku 1  

Kredit foto: Noor Layla‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

 

Sumber:

1. Aida Ramly [1, 2]

2. Shyla Samad [1, 2]

3. Princess (elvinaahmad.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)