Oleh pada 04 Oct 2019 kategori

Kek marble merupakan antara kek yang mempunyai pelbagai versi dan menjadi kegemaran ramai tanpa mengira peringkat umur. Ia juga salah satu menu wajib yang dihidangkan ketika musim perayaan dan majlis keramaian.

Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat kek marble. Pada zaman dahulu, bahan-bahannya tidak ditimbang dimana mangkuk dijadikan sebagai alat sukatan. Walaupun hasilnya enak, namun ia kadangkala boleh menjadi cantik dan sebaliknya dari segi rupa.

Ternyata, golongan yang lebih berusia lebih menyukai kek marble yang berminyak dan sedikit manis. Manakala golongan muda pula lebih gemarkan kek marble yang gebu, ringan dan kurang manis.

Kek Marble

Bahan-bahan:

  • Gula kastor (180g)
  • Tepung gandum (220g)
  • Ovelet (1-2 sudu besar)
  • Telur gred A (5 biji)
  • Susu kotak penuh krim / susu cair (50ml)
  • Vanila (1 sudu besar kecil)
  • Mentega (150g) - dicairkan
  • Serbuk koko (2 sudu)

Cara-cara penyediaan:

  1. Campur semua bahan kecuali mentega. Pukul dengan pengadun (kelajuan tinggi) sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan mentega cair dan kacau menggunakan spatula sehingga adunan sebati.
  3. Letakkan kertas pembakar (baking paper) ke dalam dasar loyang.
  4. Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian.
  5. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan dikacau sehingga rata.
  6. Tuang kedua-dua adunan ke dalam loyang membentuk corak mengikut kreativiti masing-masing.
  7. Bakar dengan suhu 160'c selama 30 minit dan siap untuk dihidang.

kek marble 1

kek marble 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Nazra Queen [1, 2]

2. Facebook Chef Siti Mastura [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)