Kerabu kerang enak dimakan dengan nasi panas atau sebegitu sahaja. Untuk lebih sedap, letakkan sedikit pati santan. 

Sebagai cadangan, kerabu ini juga boleh diletakkan isi ikan termenung bakar. Selain itu, anda juga boleh meletakkan pegaga.

Kerabu Kerang

kerabu kerang 521

Bahan-bahan:

  • Cili kering (5 biji)
  • Cili api (5 biji)
  • Kelapa parut (2 gengam)
  • Kerisik (2 sudu)

Semua bahan-bahan di atas dikisar.

  • Daun selom - dipotong halus
  • Tauge - dicelur
  • Isi kerang (segengam)
  • Bawang merah (2 biji) - dipotong halus
  • Halia (2 inci) - dipotong halus

Gaul kedua-dua bahan yang dikisar dan dipotong halus.

Cara-cara membuat:

Masukkan garam dan gula secukup rasa dan dua sudu cuka. Jika tidak mahu cuka, boleh masukkan air asam jawa.

Resepi Bonus: Kerabu Kerang Ala Thai

kerabu kerang ala thai 587

Bahan-bahan:

  • Kerang - rebus dan kopek
  • Bawang putih (4 ulas) - tumbuk bawang putih dengan cili padi
  • Cili padi (10 biji) - kurangkan jika tidak mahu pedas
  • Asam jawa
  • Tomato
  • Limau nipis - perah dan letakkan sekali kulit
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Daun ketumbar

Cara-cara membuat:

Semua bahan-bahan di atas dicampur dan digaul dengan kerang yang direbus tadi.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Noor Idah [12]  

2. Muslinda Kamal [12

Sumber informasi:

1. Norhasliza Mat Isa [12]

2. Suara Hati [12]

3. Shaziah Ahmad Shukree [12]

4. Atiqah Binti Rusli [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)