Oleh pada 22 Feb 2019 kategori

Kerabu adalah sejenis hidangan seperti salad yang boleh dibuat dengan mana-mana kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah dimasak atau mentah, serta ramuan daging atau makanan laut yang digunakan sekali-sekala.

Terdapat pelbagai resipi kerabu, yang biasanya mempunyai sedikit persamaan dari segi persediaan. Kerabu taugeh dibuat dengan tauge yang dicelur dan bahan-bahan masakan Melayu seperti kerisik.

Sementara itu, persiapan seperti kerabu mangga menyerupai sebuah salad keladi gaya Thai dari segi rasa.

Pokok paku atau nama saintifiknya Athyrium esculentum adalah tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Terdapat bahagian pokok paku yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai makanan.

Pucuk paku selalu diambil, dicelur dan dijadikan ulam yang sangat lazat apabila dimakan dengan sambal belacan. Mungkin ramai tidak tahu yang pokok paku membiak melalui daunnya.

Kerabu Pucuk Paku Kampung

Bahan-bahan:

  • Pucuk paku (2 ikat)
  • Santan (1 biji) - dibahagi dua; separuh digoreng dan separuh diambil santan.
  • Bawang merah (4 ulas)
  • Lada hitam (sesudu kecil)
  • Ikan selayang rebus (3 ekor)
  • Garam (1/2 sudu makan)
  • Gula (1 1/2 sudu makan)
  • Air (sedikit) - untuk merebus pucuk paku

Cara penyediaannya:

1. Panaskan air sehingga mendidih. Apabila mendidih, baru masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan.

2. Bahagikan kelapa kepada dua. Kisarkan separuh dengan segelas air masak. Goreng separuh lagi tanpa minyak. Goreng sehingga kekuningan.

Tips goreng: Apabila pegang, ia rasa rangup dan mudah untuk hancurkan.

3. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan.

4. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Kemudian, boleh masukkan bahan perasa iaiatu garam dan gula.

5. Boleh masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tersebut bukan dimasukkan kesemuanya. Agak-agak sahaja mengikut selera masing-masing. Cukup-cukup untuk bagi basah sedikit-sedikit.

Tips: Pemilik resepi perah santan menggunakan air masak.

kerabu pucuk paku kampung 1

Nota:

✔ Untuk resepi ini, ia boleh dimakan sekali untuk seisi keluarga seramai 6-7 orang.

✔ Menu eat clean ini boleh diratah begitu sahaja.

✔ Pucuk paku kadangkala sukar untuk diperolehi di bandar kecuali di pasar tani.

Sumber:

1. Bahiah Saripuddin [12]

2. Wikipedia [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)