Oleh pada 31 Mar 2020 kategori

Untuk versi pertama, anda perlu mengagak sukatan bahan-bahannya kerana resepi ini digunakan untuk kaki ayam sebanyak 10kg. Bahan-bahan tersebut boleh dikurangkan misalnya untuk anggaran hidangan 2-3 orang.

Manakala bagi versi kedua pula, tempoh rebusan selama 3 jam akan membuatkan kaki ayam bersaiz kecil terlerai dari tulang. Ianya terpulang kepada citarasa masing-masing kerana ada juga yang menggemari hasil sebegini.

Kerabu Kaki Ayam (Versi 1: Pedas) 

Bahan-bahan:

  • Kaki ayam - dicuci bersih dan direbus sehingga masak (asingkan isi dengan tulang, buang tulang yang kasar)
  • Bawang besar
  • Buah tomato
  • Bawang putih jeruk
  • Daun ketumbar
  • Daun limau

Potong dan mayam semua bahan di atas seperti gambar di bawah.

kerabu kaki ayam pedas 1

Untuk perasa:

  • Kicap sotong
  • Gula
  • Serbuk asam limau - jenama Knorr

Satukan semua bahan di atas. Gaul sehingga sebati supaya kerabu mempunyai rasa masam pedas dan secukup rasa. 

Kerabu Kaki Ayam (Versi 2)

kerabu kaki ayam 2

Bahan-bahan:

  • Kaki ayam (6kg)
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Tomato
  • Serai
  • Limau nipis
  • Bunga kantan
  • Bawang besar
  • Cili merah Thailand
  • Garam
  • Gula

Untuk rebusan kaki ayam (tumiskan dahulu): 

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Rempah 4 beradik
  • Sup bunjut
  • Garam

Cara-cara membuat:

  1. Untuk sedap, rebus kaki ayam tersebut seperti membuat sup. Tumis semua bawang serta letakkan daun sup dan daun bawang supaya wangi.
  2. Kemudian, letakkan garam secukup rasa. Barulah kerabu tersebut sedap dan tidak hambar.
  3. Rebus selama 3 jam sehingga lembut.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Siti Zubaidah Hassan [1, 2]

2. Farihah Shuhaili [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)