Oleh pada 09 Aug 2020 kategori

Nasi goreng kerabu yang berbau harum ini begitu sinonim dengan negara Thailand atau negeri Melaka. Untuk lebih enak, anda boleh letakkan seafood iaitu udang atau sotong.

Nampla merupakan sos ikan atau sos sotong Thailand. Sebagai cadangan, tauge boleh ditambah sedikit dan bunga kantan boleh dilebihkan. 

Nasi Goreng Kerabu 

Bahan-bahan:

  • Hirisan cili padi
  • Daun kesum
  • Daun sup (sedikit)
  • Bunga kantan
  • Daun limau purut
  • Hirisan serai
  • Bawang putih cincang
  • Hirisan bawang rose

nasi goreng kerabu 1 375

Bahan-bahan lain:

  • Sos tiram (2 sudu besar) 
  • Nampla (1 sudu besar)
  • Belacan (sedikit)
  • Telur (sebiji)
  • Ajinomoto (secubit)
  • Garam (secukup rasa)

Cara-cara penyediaan bergambar:

nasi goreng kerabu default 1

1. Tumis kesemua bawang sehingga garing.

2. Pemilik resepi gunakan rencah ayam dan daging. Untuk lebih perisa, gunakan udang dan sotong.

3. Masukkan sos tiram dan nampla.

4. Masukkan belacan untuk rasa yang kick. Jika ada alergik, tidak perlu letakkan.

5. Masukkan telur ke dalam kuali.

6. Kemudian, masukkan pula nasi sejuk.

nasi goreng kerabu default 2

7. Selepas gaul rata nasi tersebut, masukkan bahan hirisan. Besarkan api.

8. Masukkan Ajinomoto dan garam.

9. Siap. Ulaman kerabu sememangnya harum.

10. Warnanya lebih kurang seperti nasi goreng kampung. Tetapi, nasi goreng kampung mempunyai warna hitam sedikit kerana terdapat bahan-bahan seperti lada hitam atau belacan.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Wan LuQman [12]

Sumber informasi:

1. Ieyra Sazira [1, 2]

2. Lin Halijah [1, 2]

3. Safya Samsol Pemborong China [1 , 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)