Oleh pada 06 Apr 2020 kategori

Jika tidak mempunyai pemanggang ajaib, anda juga boleh menggunakan ketuhar. Namun, pastikan air yang keluar dari bahan perapan tersebut masuk sekali ketika bakar kerana dibimbangi daging terlalu kering dan keras.

Daun ketumbar mempunyai banyak khasiat, dari akar sehingga ke daunnya serta mempunyai bau yang enak. Untuk mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, anda boleh cuba untuk mengamalkan ulam daun ketumbar sebanyak tiga kali seminggu supaya tekanan darah mudah turun. 

Daging Danok

Bahan-bahan perapan daging:

  • Daging (1kg) - dipotong besar tebal 2cm atau 3cm
  • Sos ikan (1 sudu kecil)
  • Sos tiram (2 sudu besar)
  • Gula perang (brown sugar) (2 atau 3 sudu besar)
  • Gula melaka (sekeping)
  • Lada hitam (1 sudu kecil)
  • Minyak (sedikit)
  • Serbuk cukup rasa (1 atau 2 sudu)

Bahan-bahan sos: 

  • Akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar
  • Beras (1 sudu besar) - disangaikan dahulu dan ditumbuk
  • Bawang putih (1 atau 2 ulas)
  • Sos ikan (1 atau 2 sudu kecil) - mengikut tahap masin selera masing-masing
  • Limau nipis (2 biji)
  • Gula perang (brown sugar) (1 sudu kecil)
  • Gula melaka (1/2 keping) - ditumbuk sehingga hancur dan dicampur sedikit air
  • Emping cili (chilli flakes)
  • Sos cili (1 sudu kecil)
  • Sos tiram (1 sudu kecil)
  • Bawang besar (1) - dihiris nipis

Cara-cara penyediaan: 

  1. Tumbuk akar daun ketumbar dan bawang putih sehingga lumat.
  2. Masukkan sos ikan, gula melaka, gula perang, beras yang disangai dan perahan limau nipis.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram yang ditambah untuk memekatkan sos.
  4. Masukkan daun ketumbar yang dipotong.
  5. Masukkan emping cili (chilli flakes). Jika suka pedas, boleh tambah.
  6. Masukkan bawang besar yang dipotong tadi. Jika masih tawar, tambah sedikit garam. 

Tips:

  • Bakar daging tersebut menggunakan pemanggang ajaib dalam 20 sehingga 30 minit. Bergantung juga pada tahap air yang keluar dari perapan masing-masing. Buka api perlahan.
  • Untuk daging cepat lembut apabila masak, perap semalaman dan hiris halia keping-keping. Perap sekali dengan daging.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Diaz Yushazlina [12]

Sumber informasi: Azizah Hassan Puteri Bonda [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)