Oleh pada 29 Oct 2019 kategori

Fettucini merupakan salah satu jenis pasta terkenal dalam hidangan Itali dan Tuscan. Ia adalah mi tebal leper yang diperbuat daripada telur dan tepung, dimana lazimnya satu telur bagi setiap 100g tepung.

Lebih lebar, namun fettucini sama dengan tagliatelle yang biasa di Bologna. Ia selalu dinikmati dengan sugo d'umido (ragù daging lembu) dan ragu di pollo (ragù ayam). 

Fettucini Seafood 

fettucini seafood

Bahan-bahan: 

  • Fettucini (1 paket) - boleh tukar apa sahaja ikut citarasa
  • Udang (500 gm) - saiz ikut citarasa
  • Sotong (500 gm) - saiz ikut citarasa
  • Brokoli (1 bahagian)
  • Tomato (3 biji)
  • Capsicum (1 biji)
  • Mentega (5 sudu besar)
  • Minyak masak (3 sudu besar)
  • Susu segar (1 cawan)
  • Air (1/2 cawan)
  • Bawang putih (1 buku) - anggaran 12 ulas
  • Bawang besar Holland (2 biji)
  • Serbuk lada hitam (1 sudu besar)
  • Serbuk lada putih (1 sudu besar)
  • Serbuk oregano (1 sudu besar)
  • Serbuk rosemary (1 sudu kecil)
  • Gula perang (2 sudu besar)
  • Garam (3-5 sudu kecil)

Cara penyediaan bergambar:

fettucini seafood edited 1

fettucini seafood edited 2 305

  1. Rebus fettucini dengan sedikit minyak supaya ia tidak terlalu melekat.
  2. Masukkan minyak masak dalam kuali lain.
  3. Tumis anggaran 9 biji bawang putih yang dihiris dengan sebiji bawang besar Holland. Tumis sehingga ia keperangan.
  4. Setelah hampir mahu berwarna perang, masukkan 2 sudu mentega. Setelah perang, angkat dan kisar dengan susu segar dan air.
  5. Kemudian, masukkan 2 sudu mentega dalam kuali sama.
  6. Tumis baki bawang putih dan bawang besar Holland sehingga keperangan sekali lagi.
  7. Terus masukkan seafood. Tambah apa sahaja jenis seafood mengikut citarasa.
  8. Masukkan brokoli dan tomato. Kemudian, kacau dan tutup dalam 10 minit. 
  9. Setelah semua telah hampir masak, masukkan bahan kisar tadi.
  10. Setelah mendidih, masukkan oregano, rosemary, lada hitam, lada putih dan semua termasuk garam. Kacau lagi sehingga ia semakin pekat.
  11. Masukkan gula perang dan fettucini. Kacau lagi.
  12. Selepas siap, masukkan baki mentega. Kacau lagi dan tutup api.

Sumber:

1. Khairul Hakimin Muhammad [1, 2]

2. Wikipedia Fettuccine




Hakcipta iluminasi.com (2017)