Oleh pada 16 Oct 2018 kategori

Daging belado atau dendeng balado merupakan makanan khas Padang, Sumatera Barat. Sudah bosan makan menu yang bersantan? Sekali-sekala masak kering-kering macam ini pun layan juga kan. Menu berasaskan daging ini memang lazat.

Untuk pengetahuan anda, pemilik resipi gunakan tomato kerana ia ada rasa masam yang semulajadi. Tidak perlu masukkan air asam jawa. Jika anda tidak suka tomato, anda boleh gunakan air asam jawa untuk penggantinya.

Bahan-bahan

  • 1 kg daging lembu (dihiris tipis dan dicuci)

Bahan A (untuk rebusan)

  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk pati lembu (Maggi)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 keping daun salam
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • air secukupnya

Bahan B (untuk dikiras kasar)

  • 30-40 cili kering (dicuci sahaja - tidak perlu direndam atau direbus)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato     

   

  • 2 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 10 keping daun limau purut
  • 12 biji tomato ceri (dibelah dua)
  • gula melaka secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil pati lembu (optional - jika letak ia menjadi lebih sedap)
  • minyak masak secukupnya
  • air rebusan daging secukup rasa

Cara memasak:

1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dengan daging yang telah dihiris tipis dan direbus untuk satu sehingga satu jam setengah ataupun sehingga daging tersebut empuk. Kemudian, toskan daging tersebut ke tepi sebentar. Ambil kepingan daging dan air rebusannya sahaja.

2. Kisar bahan B tanpa menggunakan air.

Tips: Pemilik resepi menggunakan chopper kerana ia ringkas dan boleh menjimatkan masa memasak. Anda boleh juga geling atau tumbuk menggunakan batu lesung sehingga bahan-bahan tersebut hancur dengan tekstur yang kasar. Tidak perlu hancur lumat.

3. Kepingan daging tersebut kemudiannya digoreng pula sehingga ianya sedikit garing. Boleh juga lebih garing jika suka. Angkat daging tersebut dan diketepikan sebentar.

4. Masukkan bawang merah yang telah dihiris halus menggunakan minyak bekas gorengan daging tadi. Tumis sehingga wangi dan masukkan bahan B dan kepingan daun limau purut. Tumis sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan tomato ceri yang telah dibelah dua dan kepingan daging yang digoreng tadi. Masukkan air rebusan daging tadi mengikut citarasa anda. Jika anda suka lebih kuah, sila tambah air rebusan lagi. Masukkan garam, gula melaka dan pati lembu (jika mahu). Masak lagi untuk 12 hingga 15 minit atau sehingga semuanya sebati.

nasi lemak daging belado petai 438

Daging belado juga enak dimakan bersama nasi lemak dan petai. Kredit foto: Zaid Azizy Yaakob (gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Sumber: Arynna Ahmad [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)