Oleh pada 10 Apr 2019 kategori

Dalcha atau dalca yang juga dipanggil sebagai kaddu ka dalcha, merupakan kari India Hyderabad yang diperbuat dari kambing, chana dal dan asam.

Hidangan ini berasal dari Telangana, India. Bahan utamanya yang lain ialah halia dan bawang putih.

Ia lazimnya dihidangkan sebagai sajian utama dengan nasi yang dipanggil bagara khana.

 

Dalcha Kambing

 

Bahan-bahan:

  • Tulang kambing dengan isi (1kg) - direbus dengan pressure cooker
  • Kacang parupu/dal (250g) - pemilik resepi guna 1 cawan

➡ Rebus parupu dan bawang putih (5 ulas) dengan pressure cooker sehingga kembang

  • Santan (1 cawan) - pemilik resepi guna santan pekat
  • Cili merah (2 biji) - dibelah 2
  • Tomato (1 biji) - dibelah 4
  • Bawang (1 biji) - dipotong halus
  • Daun bay (2 helai)
  • Bunga lawang (3)
  • Kayu manis (2)
  • Jintan manis (1 sudu kecil)
  • Daun kari (seurai)
  • Ubi kentang (4 biji) - dibelah 2
  • Lobak merah (1 batang) - dipotong 4 dan dibelah 2
  • Kacang panjang (7 batang) - dipatah-patahkan
  • Halia (2cm) - ditumbuk halus
  • Bawang putih (8 ulas) -ditumbuk halus
  • Cili kisar (2 sudu)
  • Serbuk kunyit (1 sudu kecil)
  • Serbuk kari daging (2 sudu besar)
  • Yogurt (3 sudu besar)
  • Gula (1 sudu kecil)
  • Ajishio lada hitam - diletak ikut citarasa
  • Astafeida (secubit) - jika ada
  • Garam (secukup rasa)
  • Minyak - untuk menumis

 

Cara penyediaan:

1. Panaskan periuk atau kuali dengan api sederhana besar dan masukkan minyak untuk tumis.

2. Apabila minyak panas, masukkan biji jintan manis, bawang putih dan halia yang ditumbuk, bawang, kulit kayu manis, bunga lawang, daun bay dan daun kari.

3. Selepas naik bau, perlahankan api serta masukkan serbuk kari dan cili kisar dan tambah sedikit air.

4. Masukkan “serbuk astofeida” jika suka pada baunya. Astofeida ini bentuk serbuk yang diperbuat dari bawang putih.

Nota: Awas, jangan sehingga hangus tumisan, nanti kari menjadi pahit pula.

5. Masukkan serta-merta parpu yang telah masak tadi ke dalam tumisan. Tumis campuran parupu dalam 2-3 minit lagi dengan adunkan rempah-rempah.

6. Kemudian, masukkan kesemua tomato, kacang panjang, kentang, lobak merah, cili merah dan gaul rata. Masukkan daging kambing dengan air rebusannya sekali.

7. Perasakan dengan garam, gula dan ajishio lada hitam.

8. Masukkan santan dan yogurt. Masak selama 20 minit dan siap.

sambal telur dan salad

Dalcha kambing boleh dihidangkan bersama sambal telur dan salad

 

Sumber:

1. Gaithri Cheran [1, 2]

2. Wikipedia Dalcha




Hakcipta iluminasi.com (2017)