Oleh pada 28 Nov 2019 kategori

Bahan-bahan yang paling diperlukan dalam mana-mana jenis sup ialah halia, bawang merah, bawang putih dan daun sup. Kami akan kongsikan sedikit tips untuk menghasilkan sup paling mudah dan boleh digunakan untuk ayam kerana rasanya yang ringan dan selesa.

Pertama, sewaktu menumis halia, bawang merah dan bawah putih, biar garing kuning dan wangi. Kedua, masukkan batang dan akar daun bawang sekali selepas cuci bersih. Daunnya disimpan untuk ditabur kemudian.

Kebiasaannya, rempah digunakan untuk daging atau kambing. Sup akan lebih sedap jika cukup garamnya. Kurang garam, rasanya akan menjadi tawar.

Sup Ayam Cendawan

Bahan-bahan:

  • Bawang merah - dihiris
  • Bawang putih - diketuk
  • Halia - diketuk
  • Sup bunjut Adabi

Cara penyediaan:

  1. Tumis semua bahan sehingga wangi dan garing. Masukkan air.
  2. Kemudian, masukkan kentang, lobak merah (carrot) dan ayam. Tutup dan biar mendidih. Tunggu kentang empuk. Perisakan garam dan gula.
  3. Masukkan tomato dan cendawan. Biar mendidih sebentar. Tutup api. Taburkan sama ada dengan daun sup, daun bawang atau bawang goreng. Siap.

Resepi Bonus: Sup Ayam Kampung Ala India

Bahan-bahan:

  • Ayam kampung (500 gram) - tulang atau daging
  • Bawang merah (sederhana) - didadukan
  • Tomato (1 biji) - didadukan
  • Daun kari
  • Pes bawang putih dan halia (2 sudu besar)

 

  • Serbuk cili (chilli powder) (1/2 sudu teh)
  • Serbuk ketumbar (1 sudu teh)
  • Serbuk kunyit (1 sudu teh)
  • Garam masala (1 sudu teh)
  • Air (4 cawan)

 

  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng

 Bahan-bahan untuk dikisarkan:

  • Jintan manis (cumin) (1 sudu teh)
  • Jintan putih (fennel seeds) (1 sudu teh)
  • Lada (pepper) (1 sudu teh)

Cara penyediaan:

  1. Kisar herba sup. Kisarkan (dry blend) lada, jintan putih dan jintan manis sehingga menjadi seperti serbuk.
  2. Masukkan sedikit minyak kelapa dara.
  3. Masukkan bawang merah dan daun kari. Gaul sebentar.
  4. Kemudian, masukkan cili hijau. Sup akan menjadi sedikit pekat seperti di kedai mamak.
  5. Masukkan tomato dan lebih kurang 2 sudu pes halia bawang putih (ginger garlic paste). 
  6. Gaul sehingga naik bau dan menjadi karamel (caramelized).
  7. Masukkan ayam yang sudah dipotong. 
  8. Selepas naik bau, masukkan bahan yang dikisar tadi.
  9. Masukkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, garam masala dan serbuk cili kering. Gaul sehingga sebati.
  10. Masukkan air secukup rasa dan garam.
  11. Tutup pressure cooker dan biarkan ayam masak selama lebih kurang 5 minit (5-7 minit untuk jenama Noxxa). Siap.

Nota: Jika tiada pressure cooker, anda boleh gunakan periuk biasa. Namun, ia mengambil sedikit masa untuk disiapkan.

Untuk gambaran lebih jelas, sila rujuk video disini.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Salimah Olie [1, 2]

2. Suriakumari Perumal [1, 2]

Sumber informasi: Aswad Gin-San [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)