Oleh pada 01 Sep 2020 kategori

Kuzi merupakan sebuah menu terkenal dari Kelantan yang kebiasaannya dimakan dengan roti jala. Selain itu, ia juga boleh dicicah dengan roti biasa.

Untuk hidangan nasi pula, ia boleh dimakan dengan nasi putih, nasi tomato dan nasi minyak. Menggunakan resepi yang sama, daging kambing boleh digantikan dengan daging lembu.

Kuzi Kambing

Bahan rempah (dikisar sehingga halus):

  • Ketumbar (1 sudu besar)
  • Bunga lawang (3 kuntum)
  • Buah pelaga (4 biji)
  • Kayu manis (2 inci)
  • Jintan manis (1 sudu besar)
  • Jintan putih (1 sudu kecil)

Bahan tumis:

  • Bawang besar India (3 biji)
  • Halia (2 inci)
  • Kayu manis (3 batang)
  • Bunga lawang (3 kuntum)
  • Buah pelaga (7 biji)
  • Cili kering kisar (1 senduk)
  • Bawang besar India kisar (1 senduk)

Bahan lain:

  • Kambing (3kg) - campur tulang dan daging
  • Susu cair (1/2 tin)
  • Air rebusan daging (5 cawan)
  • Tomato puri (3 sudu besar)
  • Minyak sapi (3 sudu besar)
  • Kentang (5 biji)
  • Pes asam jawa (1 sudu besar) - dibancuh dengan 1/4 cawan air
  • Bawang goreng (3 cawan)
  • Kerisik (3 sudu besar)
  • Gula Melaka (1/2 buku)
  • Gula (2 sudu besar)
  • Gajus (1/2 cawan)
  • Kismis (1/2 cawan)
  • Garam (1 sudu kecil)

Cara-cara penyediaan bergambar:

kuzi kambing default 1 edited

1. Daging direbus secara manual kerana pemilik resepi tidak mempunyai periuk jenama Noxxa.

2. Bahan-bahan untuk dikisar iaitu ketumbar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, jintan manis dan jintan putih (rujuk bahan rempah). Tetapi, pemilik resepi tumbuk.

3. Bawang goreng. Jika mengikut cawan pemilik resepi, lebih kurang 400 gram bawang kecil India.

4. Bawang goreng juga dibuat secara manual. Pemilik resepi tidak menggunakan yang segera.

5. Kisar bawang goreng dengan susu cair sehingga sebati.

6. Hasilnya selepas dikisar.

7. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi.

8. Masukkan bawang besar India, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Goreng sehingga naik bau.

kuzi kambing default 2 edited

9. Masukkan cili kering kisar dan bawang besar India kisar. Cili pemilik resepi kisar dah campur bawang. Jadi, beliau letakkan 2 senduk.

10. Apabila pecah minyak, masukkan rempah kisar tadi yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.

11. Masukkan bawang goreng yang dikisar dengan susu cair. Kacau sehingga sebati.

12. Masukkan daging kambing, kentang dan air rebusan daging. Air rebusan tersebut dimasukkan sedikit demi sedikit. Tidak mahu menjadi terlalu cair.

13. Setelah kelihatan seperti sudah pecah minyak, masukkan tomato puri.

14. Gula Melaka.

15. Hiriskan siap-siap supaya tidak menjadi berketul-ketul kemudian.

16. Setelah hampir masak, masukkan kerisik dan pes asam jawa. Akhir sekali, masukkan gajus dan kismis. Masukkan gula, garam dan penambah perisa (jika perlu). Siap.

Resepi ini merupakan perkongsian asal daripada Khairul Hakimin Muhammad.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Hartini Hamid [12]

Sumber informasi:

1. Ainun Muhamad [12]

2. Aqilah Zahidah [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)