Oleh pada 28 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Are Peace (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Keenakan cheesy wedges memang tidak perlu disangkal lagi. Penulis sendiri sememangnya gemar dengan menu ini. Namun, harganya yang agak mahal buat penulis berfikir dua kali sebelum beli. 

Buat sendiri lagi puas makan kan? Nanti boleh lebihkan cheese tersebut mengikut selera kita sendiri. Memang sesuai dibuat hidangan ketika minum petang.

Apa yang penting, bahan yang digunakan pun tidak banyak. Buat penggemar cheesy wedges di luar sana, bolehlah anda berjimat selepas ini. Nak makan selalu pun tak perlu pening-pening kepala dah. Jom kita lihat resepinya di bawah.

Bahan potato wedges

  • kentang (dibersihkan) Tips: Jika tidak mahu kupas kulit pun boleh.
  • tepung Bestari (pemilk resepi mix dengan sedikit tepung jagung)
  • oregano

Cara membuatnya:

  1. Potong kentang berbentuk wedges.
  2. Kukus lebih kurang 5 minit. Agak-agak lembut.
  3. Toskan airnya. Bilas dengan air sejuk.
  4. Tabur tepung dan oregano.
  5. Goreng sehingga kekuningan.
  6. Angkat dan hidang bersama sos cheesy.

Bahan sos cheesy

  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar UHT
  • slice cheese (bergantung kepada citarasa - letak banyak jika mahu sedap)

Cara membuatnya:

  1. Cairkan mentega. Masukkan tepung gandum. Kacau rata.
  2. Masukkan susu UHT. Kacau.
  3. Masukkan cheese slice dan perwarna kuning telur.
  4. Sesuaikan kepekatan sos. Jika mahu cair meleleh, boleh tambah susu.

Tips: Resepi tidak menggunakan garam dan serbuk perasa. Boleh letak serbuk lada hitam jika suka.

cheesy wedges homemade 92

Sumber: Nina Mahdar




Hakcipta iluminasi.com (2017)