Oleh pada 02 Jan 2019 kategori

Jika anda salah seorang penggemar oden di kedai serbaneka, anda pasti terpaksa beratur panjang untuk membeli menu terkenal di kedai tersebut.

Oden (おでん) adalah sejenis makanan musim sejuk masyarakat Jepun yang mengandungi bahan-bahan seperti telur rebus, lobak daikon, konnyaku dan kek ikan yang diproses dan distew dalam sup soya dashi yang ringan.

Namun, bahan-bahan tersebut adalah berlainan mengikut kawasan dan kediaman. Karashi (Mustard Jeoun) selalunya dijadikan sebagai bahan perasa.

Oden sebenarnya berasal daripada misodengaku atau hanya digelar dengaku; konnyaku atau tauhu direbus dan dijamah bersama miso. Kemudiannya, dengan menggantikan miso, bahan-bahan tersebut dimasak di dalam dashi dan oden menjadi popular.

Berbeza dengan kebanyakan makanan semangkuk yang lain, bahan-bahan oden boleh ditambah pada bila-bila masa. Oden seringkali dijual di gerai-gerai mobil di Jepun dan boleh juga dibeli di kedai runcit yang diletakkan di dalam bekas-bekas mereneh pada musim sejuk.

Terdapat pelbagai jenis oden yang dijual, dimana pilihan oden yang mengandungi satu jenis bahan dijual pada harga serendah 50 yen.

Apa kata kali ini anda cuba untuk membuatnya sendiri di rumah? Cara penyediaannya bukan sahaja senang, malah hidangan ini juga boleh dimakan bersama keluarga tercinta.

Untuk seafood frozen, pemilik resepi mencadangkan jenama kegemaran beliau iaitu Mushroom dan Figo kerana rasanya lebih lazat dan berkualiti.

Satu-satunya perkara yang merumitkan ialah barangan frozen tersebut sukar untuk dicari di sebuah tempat. Menurut pemilik resepi, beliau terpaksa pergi ke pelbagai tempat seperti kedai-kedai frozen, Giant dan Aeon semata-mata untuk mencari barangan frozen yang hampir sama dengan kedai serbaneka.

Namun begitu, anda boleh mengolah resepi ini mengikut citarasa anda.

Homemade Oden Viral Ala Kedai Serbaneka Terkenal

Kredit foto: Lieyaa Zuliana‎ & Marina Ismail‎ (Gambar pertama bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Seafood frozen food
  • Perencah asam pedas Adabi (sepaket)
  • Perencah tomyam Adabi (sepaket)
  • Perencah sup siam Adabi (sepaket)
  • 1 liter
  • Thai palm sugar (1 sudu besar) - biasa guna untuk buat Som Tam
  • Garam (jika perlu)

Cara memasak:

1. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih.

2. Masukkan semua perencah, palm sugar dan garam. Garam diletakkan jika perlu sahaja.

3. Kacau sebentar dan boleh masukkan segala bahan-bahan frozen tadi. Siap.

Penafian: Menu ini tidak sesuai untuk 'eat clean' kerana mengandungi terlalu banyak makanan yang telah diproses (processed food). Oleh itu, ia hanya sesuai jika dimakan sekali-sekala sahaja.

Resepi Bonus: Apam Jepun

apam jepun

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Soda bikarbonat (1 sudu kecil)
  • Susu cair (secawan)
  • Telur (sebiji)
  • Air (secawan)
  • Yis kering (1/2 paket)
  • Gula (3 sudu besar)
  • Marjerin (1 sudu besar) - dicairkan
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Sedikit pewarna kuning
  • Inti: Jam nenas, kacang merah, chocolate paste atau sekaya

Cara penyediaan:

1. Campurkan air bersama yis dan gula untuk aktifkan yis. Biar berbuih.

2. Campurkan susu cair dengan telur dan marjerin cair. Ketepikan.

3. Bahan-bahan lain dimasukkan ke dalam bekas dan tuang campuran yis tadi dan juga campuran telur dan susu. Gaul rata. Apabila sudah sebati, tapis kemudian perap selama sejam dengan menutup bekas.

Cara memasak:

1. Panaskan kuali leper dan sapu minyak.

2. Sapu minyak juga di keliling acuan. Nota: Acuannya yang buat egg banjo.

3. Tuang 1/2 acuan dan biar selama seminit.

4. Kemudian, baru sudukan inti dan tutup dengan 2 sudu besar lagi adunan batter. Tutup kuali.

5. Biar sekitar 2-3 minit. Kikis acuan dengan pisau supaya kuih lekang dari adunan.

6. Apabila kuih tanggal dari acuan, balik-balikkan supaya masak sekata. Angkat.

Nota: Inti boleh dipelbagaikan seperti coklat, nenas dan kacang merah.

Sumber:

1. Marina Ismail [1, 2]

2. Mahani Hussain [1, 2]

3. Wikipedia Oden




Hakcipta iluminasi.com (2017)