Bebola ubi kayu merupakan sfera lut cahaya; sebuah produk ubi kayu, kanji yang diekstrak daripada akar ubi kayu.

Ia juga dikenali sebagai boba (transliterasi perkataan "buih"), atau 'pearls' apabila dalam bubble tea.

Sesetengah boba adalah bebola kanji berukuran 5 ke 10 milimeter, yang terdiri daripada serbuk ubi keledek, serbuk kentang, atau jeli.

Dengan menambah bahan-bahan yang berbeza, seperti air, gula dan perasa, bebola ubi kayu boleh dibuat untuk berbeza-beza dari segi warna dan tekstur.

Bebola ubi kayu biasanya kurang rasa dan menjadi kental dengan mudah. Oleh itu, ia sering digunakan sebagai agen pemekat dalam makanan seperti puding.

 

Blue Pearl Bubble Homemade 

  

blue pearl bubble homemade  

 

Bahan-bahan:

  • Tepung ubi (2 cawan) - pemilik resepi buat setengah paket
  • Tepung pulut (2 sudu besar)
  • Pewarna hitam - boleh guna apa-apa warna, rasa tetap sama
  • Air panas
  • Garam (secubit)
  • Gula (3 sudu) - untuk merebus pearl
  • Daun pandan - dimasukkan dalam air rebusan

 

Cara penyediaan: 

1. Masukkan tepung, garam dan 1-2 titik pewarna sahaja ke dalam bekas.

2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli menggunakan senduk atau tangan sehingga doh tidak melekat di tangan.

3. Mula bulat-bulatkan dengan saiz kecil agak-agak muat untuk ia lalu melalui straw besar tersebut.

Tips: Jangan digentel seperti mahu buat ondeh-ondeh. Tabur tepung kering sedikit pada tepung yang sudah digentel tersebut. Nanti ia masing-masing akan 'bercium'. 

4. Didihkan air dan masukkan gula tadi dan daun pandan.

Nota: Tujuan memasukkan gula dikatakan supaya 'pearl' berkilat.

5. Rebus selama 25-30 minit.

Tips: Lebih lama rebus, lebih masak sempurna tepung di dalam.

6. Selesai rebus, tapis dan lalukan pearl bawah air. Untuk mudah, kacau menggunakan tangan sehingga anda rasa kanjinya hilang.

7. Apabila telah rasa cukup licin elok, masukkan pearl dalam bekas. Jangan lupa isi air.

Tips: Simpan 'pearl' dalam air gula untuk kekalkan rasa dan kelembutan. Lebih enak jika menggunakan gula merah.

8. Simpan dalam peti ais jika tidak habis.

Nota: Pemilik resepi simpan dalam peti ais, 'pearl' tersebut menjadi keras. Mungkin sikap degilnya kerana tidak menggunakan air gula. Oleh itu, beliau terpaksa rebus semula. 

  

blue pearl bubble homemade 1  

 

Tips:

✔ Resepi ini sesuai untuk dibuat minum sendiri. Rasa dan teksturnya 90% sama dengan jenama terkenal.

✔ Campurkan sedikit serbuk jeli dalam adunan tepung tersebut. Anda boleh cuba sekiranya hasilnya 100% sama.

 

Sumber:

1. Puan Fara Bakri [12]

2. Wikipedia Tapioca Balls


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)