Oleh pada 28 Oct 2019 kategori

Ikan dan kentang goreng (fish and chips) merupakan sebuah hidangan yang berasal dari United Kingdom. Ia mengandungi ikan goreng jeluk (lazimnya ikan kod, ikan hadok atau ikan sebelah) dalam tepung sadur atau serbuk roti dengan kentang goreng potongan jejari.

Kali ini kami akan berkongsikan sedikit tips untuk membuat fish and chips ala sebuah restoran terkenal. Terdapat cara untuk membuat batter seperti restoran tersebut tanpa menggunakan alkohol.

Berikut merupakan beberapa bahan pengganti yang boleh digunakan bagi resepi yang mempunyai kaedah menggunakan wain (wine) dan bir (beer). Untuk wine, ianya boleh digantikan dengan campuran 1/2 lemon dan 1/2 air.

Untuk beer, bahan penggantinya ialah sparkling water yang water gas sahaja dan bukan berperisa. Manakala untuk dark beer pula, Coca-Cola boleh digunakan untuk resepi yang melibatkan daging.

Homemade Ikan dan Kentang Goreng (Fish and Chips) dan Wedges

homemade fish and chip dan wedges 356

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Garam
  • Perencah ayam
  • Tepung gandum
  • Lada hitam
  • Dory fish
  • Tepung jagung
  • Telur 
  • Soda penaik (baking soda)
  • Air
  • Salad
  • Tomato
  • Timun
  • Sos thousand island
  • Mayonis
  • Kepingan lemon 

Cara-cara penyediaan bergambar:

homemade fish and chip dan wedges default 1

homemade fish and chip dan wedges default 2

  1. Kupas kulit kentang terlebih dahulu untuk wedges.
  2. Kemudian, rebus dengan sedikit garam dan perencah ayam. Biarkan ia berendam selama sekurang-kurangnya 3 minit, bergantung kepada kelembutan. Pastikan kentang tidak terlalu hancur dan lembik. Jika tidak, ia akan hancur ketika mahu disalut dengan tepung. 
  3. Gambar menunjukkan selepas kentang telah kering setelah diangkat. Kesemua kentang telah selesai disaluti menggunakan tepung gandum dan sedikit lada hitam. Gaul sebati.
  4. Goreng kentang.
  5. Wedges telah siap.
  6. Gunakan dory fish dan salut dengan sedikit garam dan lada.
  7. Untuk tepung, gunakan tepung gandum (3 sudu), tepung jagung (2 sudu) dan telur (sebiji). Kemudian, sedikit baking soda dan juga sedikit air. Gaul sebati dan salutkan dory fish dengan adunan tadi. 
  8. Gorengkannya.
  9. Hidangkan dan hiaskan di atas pinggan. Boleh gunakan salad, tomato dan timun. Untuk sos (dressing), gunakan thousand island dan sedikit mayonis.

Tips:

  • Kepingan lemon wajib dimasukkan. Jika dimakan dengan perahan lemon, rasanya akan menjadi bertambah enak.

Sumber:

1. Syafina Mhmd [1, 2]

2. Annurul Aida Annuar [1, 2]

3. Wikipedia Ikan dan Kentang Goreng




Hakcipta iluminasi.com (2017)