Dadih atau dadiah adalah hidangan tradisional Minangkabau yang dibuat daripada susu sapi seperti yogurt yang diperam dalam bekas buluh atau sebarang bekas yang tertutup, atau ditutup dengan daun pisang.

Dadih selalu dimakan ketika sarapan pagi, kadang-kadang dimakan dengan emping (beras krispies traditional) dan gula jawa. Dadih turut enak dimakan dengan nasi panas dan sambal.

Sementara itu, terdapat pelbagai perisa dadih, bergantung kepada kemahuan dan kehendak.

Kebiasaannya, dadih dihasilkan dengan berperisa buah-buahan seperti keladi, jagung, strawberi, kelapa dan sebagainya. Terdapat juga dadih yang dibuat daripada perisa yang sudah diproses seperti vanila, milo dan coklat.

Kadang-kadang, terdapat juga sos buah-buahan yang disaji dengan dadih bagi mewujudkan rasa yang lazat.

Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan dadih. Antara ramuan-ramuan yang penting untuk menghasilkan dadih ialah air, susu segar (susu sapi), gula, garam dan serbuk agar-agar. 

 

Dadih Homemade

  

dadih homemade

 

Bahan-bahan:

  • Gula (150gm) - boleh tambah lagi jika tidak cukup manis

Tips: Pemilik resepi buat manis sedang-sedang

  • Serbuk agar-agar (20gm) - cap Bunga Raya
  • Tepung jagung (1 sudu besar)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Susu segar/susu kotak (1 liter)
  • Air (500ml)
  • Perasa - jenis bergantung kepada citarasa masing-masing

  

Cara-cara membuat:

1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut.

Tips: Api perlahan sebentar sehingga agar-agar larut, kemudian baru api kuat sehingga mendidih.

2. Apabila agar-agar telah larut, tapiskan. Setelah tapis, masukkan susu dan kacau sebati. Tidak perlu masak lagi selepas masukkan susu.

3. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan perasa kegemaran anda.

Nota:

➡ Pemilik resepi buat 3 jenis perasa iaitu susu yang plain, cocoa dan Nescafe.

➡ Pemilik resepi menggunakan serbuk koko dan serbuk Nescafe 3 in 1.

➡ Jika menggunakan Nescafe, masukkan separuh paket sahaja. Jika masukkan satu paket, ia menjadi terlalu manis. 

4. Masukkan dalam cawan dan biarkan sejuk.

5. Setelah sejuk, tutup cawan dan masukkan ke dalam peti ais selama lebih kurang 1-2 jam.

6. Siap untuk dimakan.

 

Nota:

✔ Resepi ni dapat menghasilkan 9 cawan. Gandakan jika mahu lebih banyak cawan.

✔ Resepi ini dibuat tanpa menggunakan serbuk dadih dan hasilnya pasti lebih berlemak dan berkrim berbanding menggunakan serbuk dadih.

dadih homemade 2

Dadih bawah ini tidak berjeli. Jika menggunakan serbuk dadih, paket bawah akan berjeli.

✔ Melalui percubaan menggunakan tepung jagung sebagai salah satu bahan berdasarkan sebuah video resepi di YouTube, kesedapan rasanya lebih berganda. 

✔ Resepi ini mengikut sukatan pemilik resepi sendiri. Untuk sedap, jangan kedekut susu dimana biarkan susu lebih banyak dari air. 

✔ Di tempat pemilik resepi, 1 cawan dadih berharga RM2.50. Malah, ia langsung tidak berkrim dan rasa terlalu nipis. Jika beli perisa cocoa, hanya rasa kemanisan gula dan tiada bau cocoa. 

✔ Ianya tidak cair dan tidak keras, seperti puding sedut.

  

dadih homemade 1

 

Sumber:

1. Nur Haziqah [12]

2. Wikipedia Dadih



Hakcipta iluminasi.com (2017)