Oleh pada 28 Apr 2019 kategori

Laksa Sarawak adalah sebuah hidangan yang berasal dari negeri Sarawak, Malaysia.

Bahan utamanya merupakan sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai ramuan.

Ia mempunyai sup asas mengandungi sambal belacan yang memberikannya warna seakan kemerahan yang juga dicampur dengan santan, asam jawa, bawang putih, lengkuas, dan serai.

Di atasnya pula ditabur dengan cebisan telur goreng, hirisan ayam, udang, dan daun ketumbar. Limau nipis turut ditambah mengikut citarasa si pemakan.

Bahan-bahan seperti tauge, hirisan tauhu goreng atau makanan laut yang lain turut dimasukkan mengikut kehendak biarpun bahan-bahan itu bukanlah ramuan laksa yang tradisional.

Laksa Sarawak turut senang diperolehi di negeri-negeri jiran seperti Sabah dan Brunei Darussalam.

Hasilnya barangkali mengakibatkan segelintir untuk mempercayai bahawa ada resepi laksa yang berlainan dari Sabah dan Brunei, yang sebenarnya sama dengan laksa Sarawak.

Antara variasi laksa Sarawak ialah laksa Sarawak biasa (dihidangkan bersama udang bersaiz kecil); laksa Sarawak special (dihidangkan bersama udang bersaiz besar); laksa ambal (dihidangkan bersama ambal untuk menggantikan udang); dan laksa Sarawak segera (laksa Sarawak versi segera seperti MAGGI® Royale™ Sarawak Sambal Laksa, Lee Fah Sarawak White Laksa, Masto Sarawak Laksa dan Boneo Spice Instant Sarawak Laksa).

 

Laksa Sarawak Homemade

 

Bahan-bahan:

  • Pes Laksa Sarawak (2 pek)

 

Laksa Sarawak

 

Bahan-bahan:

  • Pes laksa (2 pek)
  • Ayam (1 ekor) - ayam secukupnya direbus dan dicarik halus
  • Udang basah (1 kg)
  • Mihun (1 bungkus) - direndam dan dicelur
  • Telur (4 biji) - direbus bulat-bulat
  • Santan (2 kotak) - jenama KARA santan pekat
  • Garam dan gula (secukup rasa)
  • Taugeh - dicelur
  • Limau kasturi (secukupnya) - dibelah dua

 

Sambal Udang Kering*

 

Bahan-bahan:

  • Bawang besar - dikisar
  • Bawang merah - dikisar
  • Bawang putih - dikisar
  • Belacan bakar (sedikit) - dikisar
  • Udang kering (1 kg) - dikisar/ditumbuk halus

➡ Pemilik resepi pakai banyak kerana jika banyak lebih enak dan berbau harum

  • Cili kering (secukupnya) - untuk pedas, boleh letak banyak
  • Garam dan gula

 

Nota: Jangan letak air asam jawa kerana nanti rasa masam.

 

Cara membuat:

 

Pes Laksa

 

Kisar lumat bahan-bahan yang berhuruf condong*

 

Laksa Sarawak

1. Sediakan air dalam periuk dan jerangkan. Kemudian, masukkan udang yang telah dibersihkan. Rebus sehingga udang masak. Kemudian, toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya, masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.

Tips: Boleh tambah air sekiranya perlu.

2. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masukkan tulang-tulang ayam sisa-sisa yang telah dicarik biar bertambah enak.

3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk. Letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk melazatkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.

 

Sambal Udang Kering

 

Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi sehingga pecah minyak.

 

Nota: Pemilik resepi lebih gemar memakai pesnya kerana lebih enak. Pes beli lebih enak dari dibuat sendiri.

 

Tips:

✔ Sambalnya sangat sedap, laksa Sarawak jika tiada sambal memang tidak enak.

✔ Santan juga perlu ditambah 2-3 biji baru enak.

✔ Pesnya juga perlu banyak.

 

Sumber:

1. Jenny Mesya [1, 2

2. Wikipedia Laksa Sarawak




Hakcipta iluminasi.com (2017)