Oleh pada 30 Dec 2018 kategori

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, murtabak manis dan terang bulan adalah sejenis kuih tradisi Indonesia, Malaysia dan Singapura. Ia sesuai dijamah pada waktu pagi dan petang secara santai.

Apam balik adalah sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya sebelum dilipat dua.

Sekarang, terdapat pelbagai perisa apam balik seperti coklat, vanila dan strawberi. Ia enak dimakan ketika masih panas. Namun, anda perlu berhati-hati kerana lidah anda boleh melecur. Selain itu, anda juga perlu menunggu sebentar sementara pesanan anda siap dimasak.

Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas kuali tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng atau nestum, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.

Secara umumnya, terdapat dua jenis apam balik. Apam balik besar ialah sejenis apam balik yang tebal dan gebu. Manakala apam balik kecil ialah apam balik yang nipis dan rangup.

Sementara itu, apam balik yang dijual secara komersil dimasak menggunakan dapur khas. Dapur tersebut lazimnya menggunakan gas dan mempunyai satu atau enam kuali untuk memasak.

Harga satu kuali bersaiz besar ialah RM100 sehingga RM300 ke atas. Manakala harga satu kuali bersaiz kecil pula ialah RM50 sehingga RM200 ke atas.

Kebiasaannya, dapur apam balik ditempah mengikut jumlah kuali yang dikehendaki oleh pelanggan. Harganya pula berlainan berdasarkan jumlah kuali, material dan sistem gas yang digunakan.

Apam Balik Homemade Ala Pasar Malam

Bahan-bahan:

  • Air (1 1/2 cawan)
  • Telur (1 biji)
  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Gula pasir (1/2 cawan)
  • Soda bikarbonat (1/2 sudu kecil)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Esen vanila (1 sudu kecil) - pemilik resepi tambah

Inti

  • Jagung krim
  • Gula
  • Kacang tanah (ditumbuk kasar)

Cara penyediaan:

1. Mula-mula masukkan air dalam pengisar diikuti dengan bahan-bahan yang lain.

2. Kisar sehingga sebati.

3. Masukkan 1 senduk besar dalam kuali non-stick.

4. Tabur kacang tanah, gula dan jagung.

5. Apabila sudah masak, lipat dua apam balik dan angkat.

Resepi Bonus: Biskut Vanila Crunchy

biskut vanila crunchy

Bahan-bahan:

  • Mentega (250gm)
  • Gula perang (100gm)
  • Gula castor (100gm) - pemilik resepi letak 70gm sahaja

➡ Gaul sebati menggunakan senduk kayu sahaja.

  • Kuning telur (sebiji)
  • Esen vanila / minyak mentega

➡ Kacau sebati dengan bahan di atas.

  • Tepung gandum (350gm)
  • Serbuk penaik (1/2 sudu teh)
  • Soda bikarbonat (1 sudu teh)

➡ Masukkan dalam adunan yang telah dicampur kuning telur dan esen vanila.

  • Choc chip (250gm) - gunakan yang import lebih sedap

➡ Gaul sebati dalam adunan.

Nota: Mengikut resepi asal, letak dalam peti dahulu.

Kemudian, cubit letak dalam dulang. Pemilik resepi menggunakan pengorek buah seperti di bawah.

pengorek buah

Bakar 15 minit dan suhu 160 atau mengikut ketuhar masing-masing.

Sumber:

1. Zaimah Zakaria [1, 2]

2. Sarina Sanek [1, 2]

3. Wikipedia Apam Balik




Hakcipta iluminasi.com (2017)