Oleh pada 13 Jun 2019 kategori

Kek coklat moist merupakan antara kek kegemaran ramai kerana ia tidak jemu dan muak untuk dinikmati.

Ia cukup enak jIka dimakan ketika masih panas, tanpa topping perlu diletakkan pun tidak menjadi masalah.   

Kedua-dua resepi di bawah menggunakan adunan atau resepi yang sama.  

 

Kek Coklat Moist Cheese Leleh

 

 

Bahan A:

  • Serbuk koko (1 cawan)
  • Susu cair (1 cawan)
  • Susu pekat (1 cawan)
  • Minyak masak (1 cawan)
  • Gula (1 cawan)

 

Bahan B: 

  • Tepung gandum (1 cawan setengah)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Soda bikarbonat (1 sudu kecil)

 

➡ Ayak.

 

Bahan C: 

  • Telur (3 biji)
  • Ovelate (1 sudu kecil) - optional

Nota: Jika diletak, kek menjadi lebih gebu.  

 

➡ Kisar telur dan ovelate.

 

Cara penyediaan:

1. Campur kesemua bahan A dan panaskan atas api. Kacau sehingga larut sebati sahaja dan tutup api.

2. Masukkan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A. Gaul sebati.

3. Panaskan kukusan.

4. Kukus dalam loyang selama 40-60 minit. Boleh juga kukus dalam bekas kecik-kecil. 

Topping Cheese Leleh

 

Bahan-bahan:

  • Cream cheese tatura (250gm)
  • Susu cair (1/4 cawan)

Nota: Jika mahu topping lebih meleleh, boleh guna 1/2 cawan

  • Susu pekat (4 atau 5 sudu besar)

 

Cara penyediaan:

1. Campurkan kesemua dan kisar sehingga sebati.

2. Tuang topping ke atas kek yang telah sejuk.

3. Parut keju cheddar.

4. Serdak-serdak kek yang halus tersebut pemilik resepi asingkan adunan kek, kukus menggunakan acuan lompang 1 biji sahaja.

kek coklat moist cheese leleh 1

Kredit foto: Roziyana Ramli‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

 

Resepi Bonus: Kek Coklat Moist

kek coklat moist  

 

Bahan A:

  • Serbuk koko (1 cawan)
  • Susu cair (1 cawan)
  • Susu pekat (1 cawan)
  • Minyak masak (1 cawan)
  • Gula (1 cawan)

   

Bahan B:

  • Tepung gandum (1 cawan setengah)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Soda bikarbonat (1 sudu kecil)

 

➡ Ayak

 

Bahan C:

  • Telur (3 biji)
  • Ovelate (1 sudu kecil) - optional

Nota: Jika diletakkan, kek menjadi lebih gebu.  

 

➡ Kisar telur dan ovelate.

 

Cara penyediaan:

1. Campur kesemua bahan A dan panaskan atas api. Kacau sehingga larut sebati sahaja.

2. Masukkan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A. Gaul sebati.

3. Panaskan kukusan.

4. Kukus dalam loyang selama 40-60 minit. Boleh juga kukus dalam bekas kecik-kecil. 

5. Untuk topping, campur 3 atau 4 sudu serbuk koko, susu pekat dan sedikit susu cair. Panaskan sebentar dan tuang atas kek.  

 

Untuk melihat resepi lain, boleh lawati atau follow Facebook Raja Amanina

 

Sumber: 

1. Raja Amanina [1, 2, 3]

2. Blog Cik Matahariku (cikmatahariku.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)