Oleh pada 18 Jul 2019 kategori

Apam susu merupakan sejenis apam yang boleh dimakan begitu sahaja atau dengan kelapa. Namun, apam tersebut perlu dimaniskan lagi supaya enak dinikmati dengan kelapa yang lemak masin.

Apam ini senang untuk dibuat dan menggunakan bahan-bahan yang mudah. Tempoh untuk mengukusnya juga tidak lama.

Anda boleh menggunakan acuan kecil untuk menarik perhatian golongan kanak-kanak. Terdapat juga sesetengah resepi yang tidak meletakkan minyak langsung.

Kuih Apam Susu

Bahan-bahan A:

  • Telur (4 biji)
  • Gula (1 cawan)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Ovalette (1 sudu kecil)
  • Susu pekat (4 sudu besar)
  • Tepung gandum (2 cawan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Pukul telur, gula, esen vanila dan ovalette sehingga kembang.
  2. Masukkan susu dan tepung. Pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak.
  4. Kukus selama 10-15 minit.

Tips:

  • Untuk membuat apam pelbagai warna, boleh titiskan pewarna di dalam adunan sebelum dikukus.
  • Untuk membuat corak vintage, tititkkan pewarna 4 titik dengan menggunakan lidi buat bulatan pada warna tadi. Titiskan pewarna hijau dan lorekkan bentuk huruf Y untuk membuat dahan bunga.

kuih apam susu 1

kuih apam susu 2

Kredit foto: Wan Hanisah Wan Hanafi (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kuih apam susu 3

Kredit foto: Nor Al Fatihah (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Zuenur Osman [1, 2]

2. Masam Manis (norazlitaaziz.blogspot.com) [12]

3. Zulfaza Loves Cooking (zulfadreamland.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)