Oleh pada 21 Oct 2019 kategori

Cheese stick kadangkala juga dipanggil dengan nama lain seperti roti keju (cheezy bread) , roti jejari keju (cheese breadstick) dan roti bun manis. Jika anda seorang penggemar keju, anda pasti selalu membelinya di kedai bakeri.

Resepi ini juga sesuai untuk dibuat roti bun pelbagai perisa atau inti. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam muffin casing untuk tampak lebih menarik.

Cheese Stick

cheese stick default

Bahan-bahan:

  • Tepung berprotein tinggi/tepung roti (high protein flour) (500gm)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Gula pasir (60gm)
  • Yis (10gm)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Marjerin/mentega (50gm)
  • Susu pekat (25gm)
  • Air sejuk (270gm)

Cara penyediaan:

  1. Timbang dan campurkan semua sekali.
  2. Jika menggunakan pengadun (mixer), boleh campurkan semua sekali. Jika uli menggunakan tangan, masukkan air sedikit demi sedikit.
  3. Pastikan garam tidak bercampur dengan yis.
  4. Uli doh seperti biasa sehingga licin.

Cara penyediaan bergambar:

cheese stick default 2

  1. Apabila telah siap diuli, doh menjadi licin seperti ini.
  2. Timbang doh seberat 70gm. Bulatkan (rounding) dan lonjongkan sedikit.
  3. Canai dan parutkan keju chedar (cheese cheddar) di dalamnya.
  4. Tutup dan kelim kuat di atasnya. Canai sekali lagi di atas doh dan kelim lagi sekali.
  5. Susun dalam dulang pembakar. Tunggu sehingga doh naik 2 kali. Parut lagi cheese di atasnya dan taburkan gula. Suhu terpulang kepada ketuhar masing-masing. Untuk ketuhar pemilik resepi, biasanya 170 darjah selama 20 minit. 
  6. Roti yang telah siap boleh dicicah dengan kopi.

Untuk melihat jenis-jenis roti lain, boleh like dan pergi ke Facebook DC Fresh Bakery

Sumber:

1. Zaimah Zakaria [1, 2]

2. Me, Myself & I (jumeezaila.blogspot.com) [1, 2

3. Life Is Colorful (emiliaputeri.blogspot.com) [1, 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)