Oleh pada 24 Jun 2019 kategori

Sebut sahaja tentang donat, anda pasti teringatkan kandungan minyaknya yang tinggi kerana ia lazimnya dibuat dengan cara dohnya digoreng di dalam minyak. Untuk mengurangkan kadar minyak yang dipakai, terdapat donat yang dibuat dengan cara dibakar di dalam ketuhar.

Anda sudah bosan dengan donat yang disaluti gula dan coklat, kali ini kami akan berkongsikan pula resepi donat yang berintikan keju. Anda boleh menggunakan apa juga jenis keju seperti cheddar dan mozzarella.

Donat Cheese

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (4 cawan)
  • Marjerin (3 sudu besar)
  • Susu pekat (2 sudu besar)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Air suam (1/2 cawan)
  • Air (1/2 cawan)
  • Yis (1 paket) - mauripan
  • Garam (sedikit)
  • Cheese slice

Cara-cara penyediaan:

1. Ambil setengah cawan air suam larutkan gula, yis segera dan kacau sehingga sebati. Biarkan sehingga yis mengembang dalam 20 minit.

2. Adunkan tepung gandum, marjerin, susu pekat dan garam sehingga sebati.

3. Apabila yis telah mengembang, masukkan yis ke dalam adunan tepung diselang-selikan dengan setengah cawan air sehingga doh tidak melekat di tangan.

4. Rehatkan doh selama 30 minit, ditutup dengan kain basah.

5. Selepas 30 minit, apabila doh sudah kembang, tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin.

6. Tekapkan cheese dengan cawan.

7. Canaikan doh menjadi bulat dan letak cheese di tengah. Kemudian, balut cheese tersebut dengan doh.

8. Ulang sehingga habis adunan doh donat. Rehatkan selama 30 minit supaya ia mengembang dengan sempurna.

9. Goreng donat dengan api sederhana. Selepas digoreng, boleh tabur gula pasir di atas donat.

donat cheese 1

donat cheese 2

Sumber:

1. Azie Zah [12]

2. Resepi & Masakan (kausarkreatif-rm.blogspot.com) [12]

3. Fieza Delights (kekcoklat-fieza79.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)