Oleh pada 13 Sep 2020 kategori

Untuk kuey teow kering, pemilik resepi gunakan jenama Phở Khô Vị Hương. Tanpa bahan wajib iaitu kacang tumbuk dan emping cili (chilli flakes), rasa menu ini akan menjadi lain.

Selain dibuat sendiri, anda juga boleh membeli sos pad thai yang telah siap dijual. Namun, anda perlu berhati-hati kerana terdapat juga sos pad thai yang tidak halal.

Kuey Teow Pad Thai

Bahan-bahan:

  • Kuey teow halus - beli yang kering dan rendam dalam air panas selama 7-10 minit (jangan sehingga lembik)
  • Udang segar
  • Sos pad thai (gula kabung, bawang putih, cuka, sos ikan, air asam jawa, cili dan gula Melaka) - campur menjadi satu sehingga sudah agak-agak masin manis masam
  • Telur ayam (2 biji)
  • Daun kucai - dipotong panjang
  • Tauge kering (semangkuk)
  • Udang kering (1 sudu besar) - disangai atau digoreng tanpa minyak (pemilik resepi tidak guna kerana bukan citarasa)
  • Daun bawang - dipotong panjang
  • Lobak merah - dipotong panjang (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sengkuang - dipotong panjang (kuantiti mengikut citarasa)
  • Bawang putih - ditumbuk
  • Kacang tanah - ditumbuk kasar
  • Cili padi potong dan kicap - pemilik resepi tidak guna kerana tidak gemar pedas
  • Emping cili (chilli flakes) - pemilik resepi guna cili kering goreng dan ditumbuk
  • Tauhu - dipotong dan digoreng

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak. Untuk lebih sedap, gunakan minyak kacang tanah.
  2. Tumis bawang putih, masukkan udang dan ketepikan.
  3. Pecahkan telur dan masak sehingga menjadi telur masak hancur (scrambled egg). Masukkan lobak merah.
  4. Masukkan kuey teow yang telah ditoskan selepas direndam dan teruskan goreng kosong.
  5. Masukkan sos pad thai.
  6. Akhir sekali, masukkan kucai dan tauge. Gaulkan selama seminit.
  7. Angkat dan hidangkan. Hiaskan dengan kacang tanah tumbuk kasar, limau nipis, cili padi potong, sengkuang, udang kering sangai, emping cili (chilli flakes) dan daun bawang.

kuey teow pad thai 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: M Indah Michiyo Hamid [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)