Oleh pada 27 Jan 2020 kategori

Kuey teow sup Thailand mempunyai rasa yang dikatakan hampir sama dengan mee celup. Bau aroma akar ketumbar dan minyak bawang putih yang ada pada menu ini cukup membangkitkan selera.

Untuk serbuk cili, anda boleh membeli yang sudah siap. Jika mahu dibuat sendiri, cili kering biasa perlu digoreng tanpa minyak dan dikisar sehingga halus.

Kuey Teow Sup Thailand

Bahan-bahan kuah:

  • Ayam (1 ekor)
  • Kicap sotong
  • Kicap cair
  • Lada hitam - ditumbuk
  • Lada sulah
  • Bawang putih (1 labu) - dikisar
  • Akar ketumbar
  • Kiub ayam (1 ketul)

Bahan-bahan hiasan:

  • Mee/bihun/kuey teow
  • Taugeh - dicelur
  • Kangkung - dicelur (digantikan dengan sawi)
  • Kacang tumbuk - tidak diguna
  • Lobak masin - dicelur
  • Ayam/daging/perut - diracik halus
  • Serbuk cili kisar - dibuat sendiri

Tips: Boleh juga beli yang Thailand. Jangan guna serbuk cili jenis Babas atau sebagainya kerana pahit.

  • Cili jeruk
  • Daun ketumbar

Cara penyediaan:

1. Didihkan air dalam periuk dan masukkan akar ketumbar, ayam, kicap cair, kicap sotong, kiub ayam, lada sulah dan lada hitam yang telah ditumbuk halus tadi.

2. Sambil tunggu didih, tumiskan bawang putih yang telah dikisar tadi sehingga kekuningan dan terus curah ke dalam kuah tadi.

Nota: Ketika ini, kuah berbau wangi seperti bihun segera perasa sup istimewa sebuah jenama terkenal.

3. Perasakan garam, Ajinomoto dan gula  sedikit.

Nota: Bahan-bahan ini dimasukkan secara agak-agak sahaja untuk kuantiti yang dimasak.

4. Tunggu ayam lembut sedikit dan keluarkan ayam yang isi untuk diracik. Kemudian, bolehlah hidangkan bersama bahan-bahan hiasan.

kuey teow sup thailand

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Lynda Nazri [1, 2]

Sumber informasi:

1. Nureyna Othman [1, 2]

2. Nor Aziah Sadri & Farah Izzati [1, 23]




Hakcipta iluminasi.com (2017)