Oleh pada 26 Feb 2019 kategori

Cha siu bao adalah sejenis bun Kantonis yang berintikan daging khinzir barbeku (baozi). Ia berintikan khinzir cha siu yang berperisa barbeku.

Ia dihidangkan sebagai sejenis dim sum semasa yum cha dan kadangkala dijual di kedai roti Cina. Cha siu merujuk kepada inti daging khinzir; perkataan bao bermaksud "bun". 

Terdapat dua jenis utama cha siu bao, versi kukus tradisional dipanggil  蒸叉燒包 atau hanya 叉燒包, manakala keanekajenisan yang dibakar biasanya dipanggil 叉燒餐包.

Cha siu bao yang dikukus pula berwarna putih di luar, manakala keanekajenisan yang dibakar pula berwarna coklat dan berkilat.

Namun, kali ini kami pastinya akan berkongsikan resepi pau char siew yang halal.

Dim sum merupakan seni kulinari tradisi yang diwarisi dari masyarakat Cina Kantonis semasa era kegemilangan Jalan Sutera (Silk Road).

Snek disediakan dalam porsi yang kecil bersaiz gigitan dan disajikan dalam bakul stim atau pinggan kecil sewaktu minum teh (yum cha).

Antara snek yang ada ialah pau char siew  atau char siew bao, sejenis pau gebu yang berintikan daging ayam BBQ. 

Pau Char Siew Homemade Halal

Pau

 

Bahan-bahan:

  • Tepung pau (500g)
  • Air (220ml)
  • Gula kastor (125g)
  • Yis (2 sudu teh)
  • Baking soda (2 sudu teh)
  • Garam (1/4 sudu teh)
  • Shortening/lemak sayuran (5 sudu kecil)

 

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan dan uli sehingga membentuk doh yang licin dan tidak melekat.

2. Rehatkan doh sehingga naik sekali ganda.

3. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

4. Canai nipis doh dan letakkan inti. Tutup kemas.

5. Biarkan doh naik sebelum dikukus atau dibakar.

Inti char siew

 

Bahan-bahan:

  • Daging ayam cincang (500g)
  • Minyak masak (3 sudu besar)
  • Bawang besar (1 labu) - dipotong dadu
  • Bawang putih (4 ulas) - dicincang
  • Sos perapan BBQ oriental (2 sudu besar)
  • Sos tiram (1 sudu besar)
  • Kicap pekat (1 sudu besar)
  • Serbuk lada sulah (1 sudu kecil)
  • Tepung jagung (2 sudu kecil)
  • Air (1/2 cawan)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Gula (1 sudu kecil)
  • Sayur campur

 

Cara penyediaan:

1. Campurkan daging cincang, 1 sudu kecil tepung jagung dan serbuk lada sulah.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik baunya.

3. Masukkan daging cincang dan kacau goreng sehingga daging masak.

4. Masukkan minyak bijan, sos perapan BBQ oriental, sos tiram, kicap pekat, sayur campur, garam dan gula. Kacau.

5. Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Masak sehingga inti menjadi pekat.

6. Sejukkan inti sebelum diletakkan ke dalam doh pau.

pau char siew homemade halal 1

Sumber:

1. Nor Ilda Amiza Ismail [1, 23]

2. Wikipedia Cha Siu Bao




Hakcipta iluminasi.com (2017)