Oleh pada 24 Sep 2018 kategori

Brownie merupakan sejenis desert coklat yang berbentuk segi empat dan dibakar. Brownie terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu sama ada berfudge atau berkerak. Bahan yang biasa digunakan seperti kacang, beraising, keju krim dan kerepek coklat.

Brownie selalu dihidangkan dengan susu, ais krim, krim putar atau ditaburi dengan tepung gula dan fudge. Mari kita lihat cara membuat brownie orange.

Bahan untuk Brownies

Bahan A

  • 200g coklat masakan (jenama Beryl's)
  • 75g mentega

Cara penyediaan: Cairkan kedua-dua bahan ini secara double boiler. Setelah elok cair, biarkan sekejap agak-agak suam sahaja.

Bahan B

  • 2 biji telur gred A
  • 80g gula perang

Cara penyediaan: Satukan kedua-dua bahan ini. Kacau menggunakan whisk sehingga gula betul-betul larut.

Bahan C

  • 50g tepung self raising (tepung naik sendiri)
  • 15g serbuk koko atau coklat

Cara penyediaan: Ayak kedua-dua bahan ini.

Cara membuat:

  1. Satukan bahan A dan bahan B. Kacau sebati menggunakan whisk. Kemudian masukkan bahan C. Kacau lagi. Adunan memang agak berat. Kacau sehingga sebati.
  2. Lapik baking paper dalam loyang saiz 8x8. Kertas tersebut lebihkan daripada loyang untuk mudah keluarkan nanti. Masukkan adunan dan ratakan. Jika mahu tabur badam pun boleh.
  3. Panaskan ketuhar suhu 160* selama 10 minit api atas dan bawah. Bakar brownies selama 30 minit.
  4. Sambil-sambil itu siapkan bahan cheese.

Bahan cheese

Cheese

  • 250g cream cheese
  • 80g gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar pati buah oren Sunkist (boleh tukarkan kepada 2 sudu besar oren Sunquick)
  • pewarna oren

Hiasan

  • hirisan oren Sunkist
  • choc chips
  • Nutella

Cara penyediaan:

  1. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi.
  3. Masukkan pati oren atau oren Sunquick. Pukul sekejap.
  4. Masukkan tepung dan pukul sebati.
  5. Masukkan pewarna oren.
  • Apabila brownies dah masak, boleh tuang bahan cheese atas brownies tersebut tadi. Tabur Nutella.
  • Letak hirisan limau. Tips: Pemilik resepi berpendapat tidak perlu hias hirisan limau. Kalau nak letak juga sebaiknya buang kulit limau tersebut dahulu. Nanti rasa pedar kulit limau. Sebaiknya tabur choc chips atau choc coin sahaja.
  • Bakar lagi selama 15 minit, api atas sahaja. Siap.

brownies orange 3

Sumber: Mariana Zainal




Hakcipta iluminasi.com (2017)