Resepi yang dikongsikan kali ini sememangnya senang dan pantas, namun hasilnya seperti yang dimakan di restoran. Ia juga boleh dibuat menggunakan filet ikan (fish fillet).

Langkah untuk membuatnya cukup mudah dan hanya mengambil masa 7-8 minit . Sediakan sos, masukkan ayam dan siap untuk dihidangkan.

Kelazatan menu ini boleh membuatkan seseorang itu ketagih jika menggemarinya. Kepingan ayamnya lengkap dengan rasa masam, manis dan rasa sos oren yang dikaramelkan.

Resepi ini dibuat menggunakan tepung Bestari sebagai coating. Maka, anda tidak perlu bersusah-payah membuat adunan untuk coating ayam atau risau adunan tersebut tidak menjadi seperti yang sepatutnya.

 

Orange Chicken (Ayam Sos Oren)

  

orange chicken 120

 

Bahan-bahan:

  • Dada ayam (4 keping) - dibuang kulit, dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
  • Tepung Bestari (secukupnya) - spicy atau regular
  • Telur ayam (2 biji)

 

Cara penyediaan:

1. Dalam bekas ayam, tuang tepung Bestari secukupnya dan pecahkan telur.

2. Gaul sehingga semua isi ayam rata sekata diselaputi dengan tepung dan telur.

3. Tutup bekas dan dibiarkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

 

Bahan-bahan untuk sos oren:

  • Bawang putih (1 sudu besar) - dicincang halus
  • Halia (1/2 sudu besar) - dicincang halus
  • Chili flakes (1/2 sudu besar) - optional atau dikurangkan/dilebihkan jika mahu kurang/lebih pedas
  • Perahan oren jus (1 cawan) - boleh juga guna oren jus dalam botol jika suka
  • Jus limau nipis (1/4 cawan) - boleh juga guna cuka atau jus lemon
  • Kicap (2 sudu besar)
  • Parutan kulit oren (orange zest) dari sebiji oren
  • Gula perang (1/4 cawan)
  • Tepung jagung (2 sudu besar)*
  • Air (1/4 cawan)* - dibancuh untuk pekatkan sos
  • Hirisan daun bawang (sedikit) - untuk hiasan, optional
  • Biji bijan (sesame seed) - untuk hiasan, optional

 

Tips:

✔ Perlu coat ayam dengan tepung Bestari sahaja sekali lagi sebelum digoreng supaya coating ayam lebih sempurna.

✔ Goreng isi ayam dengan minyak yang betul-betul panas.

✔ Pemilik resepi tidak tambah garam kerana sosnya sudah secukup rasa. Namun, boleh tambah garam kalau gemar sedikit masin.

✔ Jika tiada tepung Bestari, boleh guna tepung menggoreng yang lain.

  

orange chicken 1

 

Sumber: Danish Harraz [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)