Kek mentega brownie (brownie butter cake) boleh dibuat dengan cara dibakar dalam ketuhar atau dikukus. Untuk hasli yang lebih enak, topping ganache boleh ditambah.  

Jika anda keliru di antara gula perang dan gula merah, gula perang adalah seperti gula pasir tetapi berwarna perang. Ia boleh didapati di pasar raya.

Kek Mentega Brownie (Brownie Butter Cake)

brownie butter cake 1

Bahan-bahan:

Brownie:

  • Dark cooking chocolate (140 gr)
  • Mentega (50 gr) - 1/4 cawan
  • Gula perang (50 gr) - 1/4 cawan
  • Telur (1 biji)
  • Tepung gandum serbaguna (35 gr) - 1/4 cawan

Kek mentega (butter cake): 

  • Mentega (120 gr) - 1/2 cawan
  • Gula kastor (100 gr) - (1/2 cawan)
  • Telur (2 biji)
  • Tepung gandum serbaguna (120 gr) - 1 cawan
  • Serbuk penaik (2 gr) - 1/4 sudu kecil
  • Susu segar (50 ml) (3 + 1/2 sudu besar)

Cara-cara penyediaan: 

Griskan loaf pan 10cm x 20cm (4 x 8 in) dan alas dengan kertas pembakar (baking paper) atau aluminium foil.

Brownie

  1. Jika menggunakan ketuhar, panaskan 180°C. Jika kukus, panaskan pengukus. 
  2. Cairkan dark cooking chocolate dan mentega secara double boil.
  3. Setelah cair, biarkan agak sejuk seketika dan gaulkan gula perang sehingga sebati.
  4. Masukkan telur dan gaul sebati.
  5. Masukkan tepung gandum dan kaupkan sebati.
  6. Bakar selama 15 minit (bergantung kepada ketuhar masing-masing) atau kukus sehingga masak (tutup loyang dengan plastik atau aluminium foil supaya air tidak menitik).
  7. Sementara brownie masak, buat adunan kek mentega (butter cake) pula seperti dibawah.

Kek mentega (butter cake): 

  1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim.
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan pukul sebati.
  5. Setelah brownie masak (periksa menggunakan lidi dahulu), keluarkan daripada ketuhar atau pengukus dan segera tuang adunan kek mentega (butter cake) (bahagian bawah adunan akan cair sedikit).
  6. Hempap-hempap loyang supaya adunan rata.
  7. Bakar selama 35-40 minit (bergantung kepada ketuhar masing-masing).
  8. Kukus sehingga masak (tutup loyang seperti mengukus brownie).

brownie butter cake 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Eka Zahra [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)