Oleh pada 09 Feb 2019 kategori

Bombolone atau bomboloni merupakan donat berinti dari Itali yang sama seperti Berliner, krafne dan lain-lain. Ia dimakan sebagai sebuah makanan ringan dan pencuci mulut.

Nama pastri ini berkaitan secara etimologi dengan bomba (bom) dan jenis pastri yang sama juga dipanggil bomba di beberapa kawasan di Itali.

Kaitan secara etimologi mungkin disebabkan oleh persamaan dengan sebuah bom tangan atau bom lama. Ia kini mungkin juga dianggap sebagai rujukan kepada ketumpatan kalori yang sangat tinggi untuk resepi ini iaitu "bom kalori".  

 

Bomboloni Coklat Nutella  

Nota: Adunan ini untuk 23-25 biji. Untuk lebih, sila gandakan adunan.

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum/high protein (500gm) - pemilik resepi guna high protein
  • Yis mauripan (11gm) - 1 paket
  • Serbuk penaik (1/2 sudu teh/sudu kecil)
  • Marjerin (1 sudu makan)
  • Telur gred B (1 biji)
  • Gula (3 sudu makan/sudu besar)
  • Susu tepung (2 sudu makan/sudu besar)
  • Sedikit garam
  • Susu segar (1 cawan)
  • Air biasa (1/2 cawan)

 

Cara penyediaan:

1. Campur kesemua bahan sekali termasuk yis.

2. Jika menggunakan tangan, uli selama 15-20 minit. Jika menggunakan mixer, uli selama 10 minit.

Tips: Uli sehingga elastik. Tidak terlalu lembik.

3. Rehatkan adunan selama 30 minit.

4. Buang angin. Kemudian, bentukkan doh secara rounding.

5. Biarkan adunan naik kembang 2 kali ganda. Selepas itu, sudah boleh goreng menggunakan api sederhana.

6. Gaulkan donat yang telah digoreng tadi dengan snow sugar. Kemudian, susun seperti dalam gambar di atas.

Tips: Snow sugar boleh dicari di kedai bakeri.

7. Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam. Jangan sehingga tembus pula.

8. Akhir sekali, boleh letak inti (filling) Nutella.

bomboloni 2

Kredit foto: Amie Samuri‎  (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

 

Sumber:

1. Farah Syazwanie [1, 2]

2. Wikipedia [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)