muffin coklat chip

Bahan-bahan:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum (1 cawan tepung + 3/4 cawan tepung) 
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 cawan susu cair
  • 1 biji telur (pukul pakai garfu)
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil esen coklat (Tips: Boleh juga digantikan dengan esen vanilla. Namun, esen coklat lebih sedap dan lebih rasa coklat) 
  • coklat chip secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam. Kemudian, ayakkan. 
  2. Dalam mangkuk berasingan, campurkan susu, telur, esen coklat dan minyak. Kacau sebati menggunakan senduk. 
  3. Masukkan bahan yang diayak. Kacau sebentar sahaja supaya sebati.
  4. Masukkan coklat chip,.
  5. Isikan adunan 3/4 paras cup muffin.
  6. Taburkan coklat chip.
  7. Panaskan oven bakar suhu 170° api atas bawah 20-25 minit.

Tips:

1. Cup yang digunakan oleh pemilik resepi agak besar sedikit dan menghasilkan lebih kurang 7 biji untuk 1 adunan.  

2. Cup tersebut dibeli di kedai Eco dengan harga RM2 untuk 20pcs.

Untuk resepi lain, boleh ikuti Facebook Raja Amanina

Sumber: Raja Amanina


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)