Oleh pada 21 Jan 2020 kategori

Bagi penggemar badam, anda boleh memasukkan badam atau boleh juga gaul dengan emping jagung (cornflakes). Filling boleh diletakkan terutamanya jenis yang tidak terlalu manis untuk lebih baik.

Selain itu, anda boleh meletakkan kuaci atau kacang tanah (peanut). Menu ini juga boleh dijadikan sebagai hantaran tunang.

Coklat Homemade

coklat homemade

Bahan-bahan:

  • Coklat milk compound (500gm) - jenama Beryl's
  • Minyak masak (25ml) - optional
  • Bubble rice/kekacang - optional

Cara penyediaan:

  1. Sangai atau bakar bubble rice dalam ketuhar pada suhu 120'c selama 10 minit.
  2. Double boil coklat sehingga cair dan masukkan minyak. Sebatikan.
  3. Masukkan sedikit coklat dalam bekas. Pastikan coklat telah suam, dibimbangi lemau apabila letak coklat semasa panas.
  4. Tabur bubble rice atau kekacang dan masukkan sedikit lagi coklat sehingga menutupi bubble rice atau kekacang.
  5. Hentak sedikit bekas sebelum dimasukkan dalam peti ais.
  6. Simpan sebentar dalam peti ais bahagian pendingin (chiller). Pemilik resepi letak selama 10 minit.
  7. Setelah sejuk beku, keluarkan dari bekas.

Tips: Kepada yang tidak suka manis, boleh campur dark chocolate atau white chocolate kerana terasa manis bagi pemilik resepi.

coklat homemade 1

Nota: Resepi ini merupakan perkongsian asal individu lain (ahli Masak Apa Hari Ni).

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Azidawati Abd Aziz [1, 2]

Sumber informasi:

1. Nisa Shah [1, 2]

2. Nur Ain Rahman [1, 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)