Oleh pada 03 Mar 2021 kategori

Maamoul merupakan sejenis biskut wajib setiap kali terdapat perayaan di Mesir dan negara-negara Arab yang lain. Ia dibuat dari campuran tepung suji dan tepung gandum.

Biskut ini mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Terdapat juga pelbagai inti seperti kurma, kekacang dan campuran kurma serta kekacang. Untuk resepi ini, ia menggunakan inti kurma dan kacang pistachio.

Acuan tradisi yang sebenar adalah dari kayu seperti acuan kuih bakar atau kuih bangkit zaman dahulu. Untuk versi moden pula adalah seperti yang pemilik resepi gunakan.

Biskut Maamoul

Langkah 1:

Bahan-bahan:

  • Tepung semolina (1 ½ cawan)
  • Tepung gandum (½ cawan)
  • Minyak sapi cair (½ cawan) - jangan gunakan mentega kerana aromanya tidak sama 
  • Minyak sayur (¼ cawan)

Cara penyediaan:

Satukan semua bahan, tutup dengan plastic wrap dan biarkan semalaman (suhu bilik). Selepas semalaman, sambung langkah seterusnya.

Langkah 2:

Kacau dahulu sedikit doh yang dibiar semalam tersebut. Selepas itu dalam bekas yang sama, masukkan lagi bahan-bahan berikut:

  • Tepung gandum (1 ½ cawan)
  • Tepung suji (½ cawan)
  • Gula serbuk (powdered sugar) (1 cawan)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Cordamom powder (1 sudu kecil)
  • Garam (secubit)

Cara penyediaan:

Kacau semua sehingga sebati.

Langkah 3:

Bahan-bahan:

  • Susu suam (¼ cawan)
  • Gula (1 sudu kecil)
  • Yis (1 sudu kecil)

Cara penyediaan:

Bancuh, tunggu yis berbuih. 

Dalam doh tadi, tambahkan ½ cawan susu, beberapa titik esen vanila dan bancuhan yis tadi. Kacau sebati, tutup dan biarkan selama sejam.

Langkah 4 (inti):

Bahan-bahan:

  • Kurma (10 biji) - dikisar atau cincang
  • Serbuk pistachio (½ cawan)
  • Minyak sapi cair (1 tbs)

Cara penyediaan:

Gaul semua dan bulat-bulatkan.

Langkah 5:

Selepas sejam, bulat-bulatkan doh, letak inti kurma dalam doh dan masukkan dalam acuan (juga boleh gunakan acuan kuih bakar).

Nota: Jika ada kelihatan serbuk-serbuk pistachio pada doh, ianya kerana pemilik resepi sayang untuk basuh tangan selepas gentel inti tadi. Maka, pemilik resepi gaul serbuk pistachio yang tertinggal pada tangan, pada doh tersebut.

Langkah 6:

Bakar suhu 165° lebih kurang 20-30 minit atau sehingga warna bertukar menjadi keperangan, mengikut ketuhar masing-masing. Siap. Boleh taburkan dengan gula serbuk apabila sudah sejuk.

maamoul default 1 edited

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: AJ Idris [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)