Oleh pada 31 May 2019 kategori

Sejarah penemuan aiskrim tidak mempunyai fakta konkrit. Namun, zaman dahulu Raja ROM pernah meminta hamba-hambanya mengambil ais (berkemungkinan salji) di kawasan pergunungan dimana ais tersebut akan ditambah perisa-perisa tertentu bagi dijadikan aiskrim.

Kajian pula menunjukkan bahawa aiskrim pada asalnya direka untuk golongan kanak-kanak. Namun sehingga kini, orang dewasa merupakan separuh dari pemakan aiskrim.

Namun kini, terdapat pelbagai perisa aiskrim seperti vanila, coklat, pecan, strawberi dan neapolitan iaitu antara perisa yang paling disukai di dunia.

Jenama aiskrim yang terkenal dan sering dimakan ialah Baskin-Robbins, Dairy Queen, Dunkin Donuts, Haagen Dazs, Jack and Jill, Lecka Lecka, Magnolia, Walls dan lain-lain.

 

Aiskrim Coklat 

 

Bahan-bahan:

  • Susu cair (1 tin)
  • Susu pekat (1 tin)
  • Air (1 1/2 tin) - guna tin susu
  • Telur (1 biji)
  • Esen vanila (1 sudu)
  • Ovalette (2 sudu)
  • Serbuk koko (2 sudu)

 

Cara penyediaan:

Pukul kelajuan tinggi menggunakan mixer sehingga kembang. Ia akan menjadi 2 atau 3 kali ganda dari bentuk asal. Bekukan dalam peti sejuk. 

 

Nota:

✔ Dengan meletakkan telur, insya-Allah ia tidak hanyir kerana esen vanila diletakkan.

✔ Jika mahu buat aiskrim vanila atau apa-apa perisa, hanya buangkan serbuk koko dan tambahkan perisa yang dimahukan.

✔ Boleh beli serbuk esen.

✔ Jika ada durian, boleh ambil isi durian dan kisar sekali halu dan mix dalam adunan.

✔ Modal tidak cecah RM10 dan boleh dapat menghasilkan 3 bekas.

✔ Resepi dari Mai Zura namun diubah sedikit oleh pemilik resepi kerana tambah serbuk koko. 

 

Resepi Bonus: Pencuci Mulut Coklat Istimewa

pencuci mulut coklat

 

Bahan-bahan:

  • Kacang
  • Air Milo/aiskrim coklat
  • Coklat Cadbury
  • Nestum
  • Aiskrim/krim putar
  • Coklat

 

Cara membuat:

1. Kisar kacang sehingga hancur. Kemudian, letak sedikit dalam cawan (2-3 sudu sudah memadai).

2. Lapisan atasnya itu bergantung kepada anda. Mahu letak air Milo yang pekat dan berais atau aiskrim coklat.

3. Lapisan atasnya lagi, cairkan coklat Cadbury atau coklat apa-apa.

4. Kemudian, taburkan kacang atau Nestum.

5. Akhir sekali, yang atas tersebut, boleh letak aiskrim atau krim putar.

6. Yang paling atas tersebut, bergantung kepada anda mahu letak coklat apa, asalkan lazat.

 

Sumber:

1. Maziah Mohd [1, 2]

2. Mai Zura

3. Shazwani Aripin [1, 2]

4. Syurga Aiskrim (hannanmaisara.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)