Oleh pada 18 Apr 2021 kategori

Selain biskut M&M, biskut coklat kuaci juga sesuai untuk dibuat sebagai kuih raya. Coklat kuaci merupakan sejenis coklat yang mengandungi kuaci di dalamnya dan ia lebih menjimatkan.

Untuk membuat biskut coklat kuaci, mentega boleh digantikan dengan marjerin. Selain itu, anda juga boleh menggunakan Buttercup atau mentega asli (pure butter) mengikut bajet.

Biskut M&M

Bahan A:

Adun menggunakan hand mixer sehingga betul-betul kembang atau tekstur menjadi lembut penuh berkrim dan bertukar warna. Ia akan kelihatan gebu dan kembang seperti dalam contoh gambar.

  • Gula kastor (1 cawan)
  • Gula perang (1 cawan)
  • Mentega/marjerin (1 cawan)
  • Minyak (1 cawan)
  • Telur (1 biji)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Susu segar (1 sudu besar)

Bahan B:

Semua adun dalam satu bekas yang lain.

  • Tepung gandum (4 cawan)
  • Serbuk koko (1 sudu besar)
  • Krim tartar (cream of tartar) (1 sudu teh)
  • Baking soda (1 sudu teh)

Bahan C:

  • Cornflakes (1 cawan)
  • Nestum (3/4 cawan)
  • Cip coklat (1/2 cawan)

Hiasan: Coklat M&M

Tips:

  • Untuk cawan sukat, pastikan guna cawan yang sama setiap kali.
  • Untuk tepung gandum, pemilik resepi menggunakan cap Ros.

Cara-cara penyediaan:

  1. Adun bahan A sehingga betul-betul kembang dan gebu.
  2. Apabila sudah kembang, masukkan bahan B dan bahan C.
  3. Gaul rata sehingga adunan sudah tidak melekat pada tangan atau jari, bermaksud ia sudah menjadi. Pemilik resepi tambah sedikit ekstra Nestum dan Cornflakes sehingga adunan tidak lekat pada jari.
  4. Bentukkan mengikut citarasa. Kemudian, hias dengan coklat M&M sebelum bakar.
  5. Bakar selama lebih kurang 8-10 minit. Suhu 150-160c sahaja. Untuk membakar biskut ini, sesuaikan mengikut suhu dan masa mengikut jenis ketuhar dan ketebalan biskut masing-masing.

biskut m m default 1

biskut m m default 2

biskut m m 9 680

Resepi Bonus: Biskut Coklat Kuaci

biskut coklat kuaci 2

Bahan-bahan:

  • Mentega (250gm)
  • Gula halus (125gm)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Tepung gandum (2 1/2 cawan)
  • Tepung jagung (2 sudu besar)
  • Chocolate rice (3 sudu besar)
  • Coklat kuaci (1/2 cawan)

Cara-cara membuat:

  1. Pukul mentega, gula dan telur. Pastikan sebati. Gunakan senduk kayu sahaja.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Pukul sebati.
  3. Masukkan chocolate rice dan coklat kuaci. Adun sebati.
  4. Bakar selama 20 minit dan suhu 200'c (mengikut ketuhar masing-masing).

biskut coklat kuaci 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Alia Nella [12]

2. Azzu Wawa [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)