Lepa coklat merupakan sapuan manis berperisa coklat yang dinikmati kebiasaannya disapu pada roti dan roti bakar atau produk gandum yang serupa seperti wafel, lempeng, muffin, dan pita. 

Biarpun rasanya, bau, dan nampak seperti coklat, ia tidak larut, meskipun pada suhu bilik.

Pes lazimnya mengandungi koko dan sayur-sayuran atau minyak kelapa, dan turut mengandungi susu, gula dan perasa tambahan.

Beberapa jenis varian termasuk kacang (contohnya, kacang hazel) atau madu.

Lepa coklat lazimnya boleh dibeli di dalam balang kaca atau tab plastik.

 

Lepa Coklat (Sapuan Coklat) Homemade

  

lepa coklat ala jenama terkenal

Kredit foto: Norhidayah Mohd Aripin (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan: 

  • Kacang tanah (1 cawan) - telah digoreng

Tips:

➡ Jika tidak mahu kulit kacang, sebaiknya tanpa minyak supaya senang buang kulitnya. Namun, kulit mempunyai khasiatnya juga.

➡ Jika ada bajet, pilihlah kacang lain seperti kacang hazel (hazelnut), badam (almond) atau sebagainya mengikut citarasa. Semua kekacang enak dan mempunyai rasa tersendiri.

  • Serbuk koko (2 sudu makan)
  • Gula (setengah cawan) - kurangkan jika tidak mahu manis
  • Garam (secubit)
  • Esen vanila - untuk bagi wangi sahaja (optional)
  • Minyak (setengah cawan) - pemilik resepi guna VCO dan minyak masak

Tips: Boleh pilih apa-apa minyak yang terbaik.

 

Cara penyediaan:

1. Masukkan kacang dalam pengisar. Tidak perlu tunggu halus kerana ia akan keluar minyak dan adunan tidak boleh gerak. Jangan risau, boleh gunakan sudu untuk adukkannya semasa pengisar off.

2. Masukkan serbuk koko, gula dan garam. Tekan on lagi sehingga adunan kacang tidak gerak. Sekali lagi jangan risau, offkan dan adukkan lagi menggunakan sudu. Tolak jatuh semua ke tengah.

3. Ketika ini, boleh letakkan esen dan minyak sedikit-sedikit. Jika pengisar dan adunan kacang dikisar elok sahaja pusingannya, ia bermaksud minyak sudah cukup dan tidak perlu tambah lagi.

4. Jika mahu buat lebih banyak, sebaiknya kacang dan gula dikisar asing menggunakan pengisar 2 mata dahulu. Selepas itu, campur semua bahan menggunakan pengisar 4 mata. Siap.

Tips: Boleh oles pada roti, biskut atau lain-lain mengikut citarasa masing-masing.

  

lepa coklat ala jenama terkenal 1

Resepi ini untuk isian separuh bekas balang mayo seperti dalam gambar di atas

 

Nota:

✔ Jika dibuat dengan 2 kali ganda bahan, pemilik resepi letak jintan hitam (habbatus sauda) supaya khasiatnya bertambah-tambah.

✔ Kisar asing dahulu menggunakan pengisar 2 mata untuk kacang dan gula + jintan hitam supaya senang untuk kisar semua sekali nanti. Selepas itu, kisar semua bahan-bahan menggunakan 4 mata pula. Ingat, letak minyak sedikit demi sedikit.

✔ Pusingan pengisar kelihatan terlalu laju bukan? Terlebih minyak. Petak sedikit-sedikit ya, kerana kacang sudah ada minyaknya sendiri. Untuk bagi pekat semula, kacang pula sudah habis. Tetapi, tiada masalah kerana senang untuk oles pada roti.

Tips: Untuk mencapai sifar pembaziran, sebelum cuci, boleh buat 'cocoa shake'. Tambah apa-apa yang patut.

 

Sumber:

1. شهيد شهداء

[12]

2. Wikipedia Lepa Coklat


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)