Biskut marble susu cappuccino merupakan sejenis biskut raya yang berbau wangi cappuccino. Sebagai cadangan, warna biskut ini boleh ditukar kepada warna lain yang lebih ceria untuk menarik perhatian golongan kanak-kanak.

Tepung naik sendiri boleh digantikan dengan campuran tepung gandum (3 1/2), serbuk penaik (1 sudu kecil) dan tepung jagung (2 sudu besar). Cappuccino emulco pula boleh digantikan dengan Nescafe 3 in 1 (2 sudu besar), coffee emulco (2 sudu kecil) atau Nescafe (2 sudu kecil).

Biskut Marble Susu Cappuccino

biskut marble susu cappuccino default

Bahan-bahan:

  • Mentega lembut (250 gm)
  • Susu pekat (180 gm)
  • Tepung naik sendiri (3 1/2 cawan) - diayak
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Serbuk koko (2 sudu besar) - diayak
  • Cappucino emulco (2 sudu kecil)

Cara-cara membuat:

  1. Putar mentega, susu pekat manis dan esen vanila sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga boleh dikepal. Jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sedikit-sedikit dan teruskan menguli. Jangan terlalu banyak, nanti biskut menjadi keras.
  3. Bahagikan adunan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.
  4. Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.
  5. Lekatkan kedua-dua doh dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
  6. Susun di atas dulang pembakar dan leperkan dengan garfu.
  7. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga garing.

Cara-cara penyediaan bergambar:

biskut marble susu cappuccino default 1

  1. Gulung memanjang.
  2. Satukan dan gulung.
  3. Potong mengikut saiz yang diingini.
  4. Bulatkan dan leperkan menggunakan sudu atau garfu.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Effa Farhana [1, 2]

Sumber informasi:

1. Rosita Abd Rahman [1, 2]

2. Mazni Mohamad Isa [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)