Oleh pada 03 Mar 2019 kategori

Nasi ambeng atau nasi ambang merupakan sajian nasi wangi yang terdiri daripada (tetapi tidak terhad kepada) nasi putih kukus, kari ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng Jawa iaitu gorengan tauhu, tempe dan kacang panjang, urap, bergedel dan serunding.

Ia merupakan menu Jawa yang terkenal, terutamanya dalam masyarakat Jawa-Melayu di negeri-negeri di Malaysia iaitu Selangor dan Johor, Singapura serta di Jawa, Indonesia.

Nasi ambeng selalu disajikan dengan gaya berama-ramai dengan dihidang di dalam dulang bagi dikongsi di antara 4 sehingga 5 orang; terutamanya ketika majlis perayaan dan/atau hari istimewa seperti kenduri.

Bahan utamanya ialah nasi, tempe goreng, bergedel, rempeyek, rendang, sambal goreng, telur rebus dan urap.

Nasi Ambeng

Bahan-bahan: (4 orang)

  • Nasi putih
  • Ayam masak kicap/goreng/ikan masin
  • Mee goreng
  • Serunding kelapa
  • Sayur kacang panjang/buncis (sayur goreng)
  • Sambal tempe
  • Talam
  • Daun pisang

Mee goreng Jawa

Bahan-bahan:

  • Mee kuning (2 paket)
  • Taugeh (50 sen)

Bahan-bahan untuk dimesin :

  • Bawang merah (4 biji)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Kicap mee (4 sudu) - agak-agak
  • Lada kering (2 sudu)
  • Udang kering (1 sudu besar)
  • Sos dan gula - untuk manis

Cara menyediakan:

1. Tumis bahan-bahan yang dimesin sehingga garing.

2. Masukkan mee dan gaul rata.

3. Masukkan taugeh. Gaul sebentar dan angkat.

Serunding kelapa

Bahan-bahan:

  • Kelapa parut (sebiji)

Bahan-bahan untuk dimesin:

  • Jintan manis (1 jemput)
  • Jintan putih (1 sudu)
  • Ketumbar (3 sudu)
  • Serai (4 batang)
  • Lengkuas (1/2 inci) - sebesar ibu jari
  • Halia (1/2 inci)
  • Bawang putih (4 ulas)
  • Bawang merah (4 biji)
  • Lada kering (2 sudu besar) - dikisar
  • Kunyit hidup (1/2 inci) - elok guna yang segar
  • Udang kering (2 sudu besar)
  • Asam jawa (sebesar ibu jari) - diperah airnya dengan air (2 sudu besar) - pekat-pekat
  • Gula dan garam (secukup rasa)

Semua bahan di atas dimesin sehingga halus

Untuk lebih resepi, boleh follow Instagram Resepi Mantap (@resepimantap)

Sumber:

1. Mi Kona Leper [12]

2. Wikipedia Nasi Ambeng




Hakcipta iluminasi.com (2017)