Biskut lidah kucing diketahui berasal dari Indonesia dimana ia telah terkenal di sana beberapa tahun yang lepas.

Ia mempunyai warna yang unik dan ceria yang mampu menarik perhatian terutamanya golongan kanak-kanak,

Untuk membuat biskut ini, anda perlu menggunakan loyang khas yang berlekuk.

Loyang ini didatangkan dalam pelbagai saiz dan bentuk seperti lonjong, bulat dan hati.

Ia boleh dibeli di kedai-kedai menjual bahan kek atau kedai loyang.

Biskut ini mempunyai rasa hampir sama seperti biskut sempret. 

 

Biskut Lidah Kucing Rainbow

 

Bahan-bahan:  

  • Mentega (250 gm)
  • Gula kastor (125 gm)
  • Telur (3 biji putih telur)- bersaiz B
  • Esen vanila (1 sudu teh)
  • Tepung gandum (200 gm)
  • Tepung jagung (50 gm)
  • Emplex (1/2 sudu teh)

 

Cara-caranya :  

1. Satukan mentega dan juga gula castor lalu pukul sampai kembang

2. Masukkan telur putih, sedikit demi sedikit sambil di pukul. Pukul sehingga kembang dan masukkan esen vanilla

3. Kemudian masukkan tepung yang sudah di ayak tadi sedikit demi sedikit

4. Kacau sehingga sebati

5. Bahagikan sama rata, dan masukkan pewarna mengikut kegemaran

6. Masukkan pula ke dalam piping bag, dan paipkan ke dalam acuan

7. Bakar menggunakan ketuhar pada suhu 160°C, selama 15 minit.

 

Resepi Bonus: Biskut Mata Kucing (Biskut Lidah Kucing) 

biskut mata kucing

 

Bahan-bahan:  

  • Mentega (250 gm)
  • Gula kastor/gula halus (150 gm)
  • Esen vanila - pemilik resepi menggunakan vanilla powder
  • Putih telur (100 ml)
  • Tepung beras (100 gm)
  • Tepung gandum (100 gm)
  • Tepung jagung (50 gm)

 

Cara-caranya :  

1. Ayakkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung dan ketepikan seketika.

2. Satukan mentega, gula dan vanilla lalu pukul sehingga berkrim

3. Masukkan pula putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati menggunakan senduk ataupun spatula.

5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan

6. Masukkan ke dalam plastik/piping bag dan simpan ke dalam peti ais selama 10 minit.

7. Paipkan atas dulang yang telah digris dan bakar pada suhu 150 C selama 20 minit.

8. Pastikan jangan terlalu garing kerana hasilnya warna akan menjadi tidak cantik

 

Nota: Pemilik resepi tidak menggunakan emplex. Disebabkan ketiadaan acuan, hasil biskut tidak memanjang seperti biskut lidah kucing. Jadi nama biskut lidah kucing ditukar kepada biskut mata kucing. 

 

Sumber:

1. Sheila Zainal Akmar [12]

2. Nur Hasanah Ismail [12]

3. Masam Manis (norazlitaaziz.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)