Oleh pada 16 Jul 2018 kategori

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 200gm mentega
  • 3/4 cawan gula (dikisar halus)
  • 1 biji telur kuning
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 3 cawan cornflakes, 2 cawan diramas kasar dan 1 cawan lagi diramas agak halus untuk disalut 
  • 1 cawan kepingan badam dibakar atau goreng tanpa minyak

Cara penyediaan:

1. Campur mentega dan gula. Cukup sekadar sebatikan sahaja, bukan sehingga gebu. 

2. Masukkan telur. 

3. Masuk semua bahan bertepung (diayak bersama semuanya termasuk serbuk penaik) 

4. Masukkan badam dan cornflakes (2 cawan sahaja) 

5. Bentukkan menggunakan tangan sahaja dan golek ke dalam cornflakes. Sapu mentega pada loyang kemudian susun. 

6. Panaskan dahulu ketuhar pada suhu 170°c api atas bawah 10 minit. Bakar dalam 20 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.

7. Sejukkan kemudian simpan dalam botol. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)