Oleh pada 30 May 2019 kategori

Biskut sampan merupakan sebuah biskut lama yang terkenal seawal tahun 1970-an.

Pada ketika itu, hanya orang kampung moden sahaja yang tahu untuk membuat kuih ini.

Namanya diberikan kerana mempunyai bentuk yang hampir sama seperti sampan.

Kuih ini memerlukan acuan bentuk sampan yang dapat dibeli dari kedai menjual bahan kek dan kuih-muih.

Terdapat pelbagai versi intinya, iaitu sama ada menggunakan kelapa kering, nestum, badam dan lain-lain cara.

Namun, zaman dahulu dikatakan tiada nestum digunakan untuk intinya. Hanya terdapat buah ceri hijau dan merah sahaja.

Terpulang kepada anda untuk memilih cara mana sekalipun yang sesuai dengan selera.

 

Biskut Sampan (Versi 1)

 

Bahan-bahan:  

  • Mentega (2 buku )
  • Gula perang (1 1/4 cawan)
  • Tepung jagung (1 cawan)
  • Tepung gandum (5 cawan )
  • Nestum kisar (1/2 cawan)
  • Tepung ubi (2 sudu)
  • Vanila (1 sudu teh)
  • Kuning telur 1 biji)
  • Kelapa kering ( 2 cawan ) - disangai
  • Ceri merah dan hijau

 

Cara-caranya :  

1. Campur mentega dan gula lalu pukul sehingga kembang. Masukkan vanila dan kuning telur kacau sehingga sebati

2. Masukkan tepung ubi, tepung jagung, nestum dan 1 cawan kelapa kering

3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga lembut

4. Asingkan 1/4 adunan untuk di buat inti dan campurkan lagi 1 cawan kelapa kering

5. Terap dalam acuan dan letakkan inti diatas. Letakkan ceri untuk hiasa

6. Bakar menggunakan suhu 160 C selama 20 minit .

 

Biskut Sampan (Versi 2)

biskut sampan 2

 

Bahan-bahan:  

 

Untuk doh: 

  • Mentega (250gm)
  • Gula aising (70 gm)
  • Telur kuning (1 biji )
  • Telur putih (1/2 biji )
  • Esen vanila
  • Tepung (550 gm) - jangan dituang terus sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat di tangan

   

Inti kelapa:

  • Mentega (100gm)
  • Kelapa kering (135 gm)
  • Gula kastor (6 sudu besar)
  • Badam cincang (50 gm)
  • Ceri cincang (50 gm)

 

Cara-caranya : 

1. Campurkan mentega dan gula icing. Pukul sehingga sebati (anggaran dalam 2minit). Campurkan telur kuning dan juga telur putih. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit.

2. Siap, rehatkan doh selama sejam mengikut suhu bilik.

3. Tekap ke dalam acuan.

 

Untuk inti kelapa:

1. Satukan mentega, kelapadan gula sampai sebati. Gunakan tangan untuk memastikan betul-betul sebati. Akhir sekali campurkan badam dan ceri.

2. Masukkan inti kelapa ke dalam acuan yang ada doh tadi. Tekan hingga kasi padat.

3. Bakar pada suhu 150c selama 25-30minit sehingga warna brown.

4. Cara untuk keluarkan, terbalikkan sahaja. Inti tidak akan terkeluar kerana

 

Nota: Pemilik resepi ketiadaan acuan sampan jadi hanya menggunakan acuan tart sahaja. 

 

Sumber:

1. Rosnah Harun [12]

2. Syara Fina [12]

3. Masam Manis (norazlitaaziz.blogspot.com) [12




Hakcipta iluminasi.com (2017)